Ahad, 28 Januari 2018

Anak Burung Pengsan dalam Rumah

Eh! bunyi apa yang bising sangat di luar rumah? Bunyi belalang pelesitkah? Mungkin juga sebab malam tadi baru sahaja menghalaunya ke luar dari rumah... Mak memang takut dengan belalang itu, kalau mengeluarkan bunyi memang dahsyat...

Tidak berapa lama kemudian, bunyi itu kedengaran di dalam rumah pula. Kuat dan membingitkan. Cari punya cari, rupa-rupanya ada anak burung bertenggek di dinding kayu rumah. "Awat duk situ, pi balik rumah hang"... boleh pula aku bercakap macam tu kat burung..hihi...


Keesokan harinya, mak beritahu burung tersebut pengsan. Kaki berada di atas dan kepala di bawah. Mak angkat dan masukkan dalam baldi. Mungkin burung itu tersesat kerana terlalu takut ia mengeluarkan bunyi dengan kuat. Kemudian, terkena pula kipas angin dalam rumah...


 Cuba bagi nasi padanya tapi tak makan pun..  Eksperimen jer...


Apabila burung kembali sedar, kami pun bawa baldi tersebut ke luar rumah dan seterusnya mengeluarkannya. Burung tersebut kembali terbang. Selamat tinggal burung...  Jangan lupa kami di sini :)

Giveaway #1 new year 2018 by cikyan


Hari ini tergerak rasa di hati untuk menyertai giveaway yang bertajuk giveaway #1 new year 2018 by cikyan. Lagipun masih sempat lagi kerana tarikh tamat pada 4 Februari. Alhamdulillah, boleh join...

Blog cikyan bertajuk 'All About Life!'. Blog yang simple tetapi mempunyai pengisian ilmu yang padat. Ada fakta kesihatan, video, lagu dan sebagainya. Ayat dalam blognya juga simple tidak panjang berjela seperti blog hamba...

Azam tahun baru adalah untuk menjadi insan yang lebih baik, berilmu dan bersemangat. Selain itu, berusaha untuk menggembirakan orang di sekeliling dan memberi kebaikan kepada mereka.. Amin...

Perlukah Buka Satu Lagi Blog?

Sejak akhir-akhir ini, saya sibuk mencari penyelesaian kepada masalah blog yang mengalami deceptive site ahead. Apakah itu? Saya pun tidak tahu. Bila baca info pada blog lain, memang sukar untuk faham...

Blog saya http://balqis-resepiku.blogspot.my/ mengalami masalah tersebut dan telah disekat oleh pihak google. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mata dan perasaan ini sudah penat. Rasa berputus asa sangat.


Memang blog tersebut merupakan blog kesayangan kerana blog tersebut berjaya menjana pendapatan pasif walaupun sedikit. Blog lain memang sangat kurang. Jadi saya memang amat sayangkannya. Tapi apakan daya saya...

Jadi, persoalannya perlukah buka satu blog lain untuk menulis resipi? Jika ya, saya berharap sangat dapat menulis seperti biasa dalam keadaan seronok dan berpuas hati dengan blog baru itu. Bukan mudah untuk serasi dengan blog baru...