Ahad, 19 November 2017

Kek Cheese Milo dan Oreo


 Ambil gambar pada waktu malam, kek yang sedap pun nampak tak sedap. Alahai handphoneku.. Kek cheese milo dan oreo. First time beli dan sekadar untuk mencuba. Ada bekas makan sikit dihujung, jadi kurang sempurna keknya. Tak sabar nak rasa :)


 Nak tahu tak harganya? Harganya RM7 sahaja. Kawan yang menjualnya iaitu Nor Adina. Kek dia sweet macam tuan yang buat :)


Saiz kek RM7. Makan sorang jer dah habis. Memang tak puas makan, lain kali kena belajar buat sendiri. Insya Allah... Rajin atau tidak sahaja..

Sabtu, 18 November 2017

Cerita Minggu Lepas Bab Makan


Minggu lepas mak dan kakak pergi majlis pertunangan. Macam biasa bila pergi majlis pertunangan semestinya harus membawa buah tangan terutama kenalan rapat. Takkan nak datang dengan tangan kosong. Tart nenas buah tangannya. Tempah dua, satu untuk kenduri satu lagi makan sendiri...


Sedap juga rasanya, tak mampu nak buat sendiri sebegini. Jemnya lembut. Rasanya sedang-sedang iaitu tak terlalu manis tetapi secukup rasa. Cantik pula tu..


Juadah yang dimasak sendiri. Takde idea untuk memasak. Sekadar sup telur dan kentang.


Ayam goreng tepung segera yang dijual dipasaran. Tak payah fikir sedap ke tak, cukup masin ke tak sebab tak perlu letak garam sendiri. Namun, tetap fail juga rasanya kerana jadi keras terlajak goreng. Jenuh nak makan tepung.... Sekian.. Diari insan yang tak mahir memasak...

Ahad, 12 November 2017

Hadiah dari Vietnam Pemberian Rakan Sekerja


Ole-ole pemberian rakan sekerja iaitu Ah Chong sempena lawatannya ke Vietnam atas urusan kerja. Nampak tak perkataan Welcome to Vietnam?


Inilah hadiahnya, comel atau hensem tak saya? Keychain lelaki sebab kalau perempuan ada rambut yang diikat kemas.


Gabungan hadiah milik rakan sekerja. Sekadar untuk mengambil gambar kenangan. Macam-macam warna ada barulah meriah :)


Terima kasih kerana sudi memberi hadiah ini. Walaupun harga barangan di sana mahal-mahal. Kami amat menghargainya. Thank you so much...