Ahad, 22 Oktober 2017

Dua Jenis Bubur Asyura di negeri Perak


Kalau nak tahu, di kampung saya setiap tahun pasti akan membuat dua jenis bubur Asyura. Bubur Asyura manis dan satu lagi yang pedas. Bubur Asyura yang pedas adalah bubur nasi biasa seperti bubur lambuk gitu. Bubur ini dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Bubur Asyura manis bahan-bahannya terdiri daripada tepung, gula merah, kekacang dan juga ubi. Bubur Asyura pedas pula beras, sayur, udang, daging dan ayam. Kedua-duanya sedap dan menambat selera. Tapi nak buatnya memang sukar sebab jenuh nak mengacau.

Bubur Asyura Manis

Gambar di atas adalah bubur Asyura versi manis. Memang sedap.. Bila sejuk kuih akan jadi keras dan boleh dipotong. Rasanya lemak manis sebab letak santan. Makan sekali pasti nak lagi :)

Bubur Asyura Pedas (Nasi)

Bubur Asyura Nasi seperti kita tahu sememangnya sedap. Apatah lagi pada bulan Ramadhan. Memang menjadi juadah wajib.


Bubur Asyura ini dibuat secara bergotong-royong. Orang kampung harus menyumbang sebanyak RM10.00 setiap seorang pada tahun ini untuk membeli barang-barang. Barang makin mahal, sebelum-sebelum ini hanya mengutip seorang RM3 hingga RM5.

Sekian, saya yang melaporkan untuk Jalan-jalan Cari Makan Kampung :)

Ahad, 8 Oktober 2017

Ole-ole dari Teluk Batik

Argghhhh.. malasnya nak pergi kerja.. Esok dan selamanya.. Tapi apakan daya, jika tidak bekerja mana nak datangnya duit? Segalanya memerlukan duit.. Kuatkan hatiku ini, Ya Alllah...


Ole-ole pemberian rakan sekerja yang lebih dikenali sebagai Kak Ju. Tak pasti dia bagi bila tapi memang dah lama.. baru berkesempatan untuk tulis. Terima kasih Kak Ju....


Saya letak gambar banyak-banyak bukan niat nak menunjuk tapi dijadikan kenangan. Gambar-gambar ini akan dipadam terus di dalam laptop.


Hadiah ini diletak atas meja office. Penyejuk mata.. Tapi bila time bergaduh dengan tuan yang bagi, rasa nak lempar..hihi... Cepat-cepat sorok. Bila dah ok letak balik... Satu kerang dah tertanggal, ada orang bagi jatuh...huhu...


Sekian...

Ahad, 24 September 2017

Jatuh Cinta Pada Drama Titian Cinta TV3


Kalau korang nak tahu akulah peminat setia drama Melayu. Minat giler.. Asal ada masa free jer semua drama Melayu aku layan di televisyen. Mak aku lagilah minat. Nak tengok cerita hindustan atau orang putih kena baca subtitle, layan drama Melayu senang...

Drama Titian Cinta setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam, mula-mula aku tak layan sangat. Almaklumlah sibuk nak mandi, solat dan makan. Tengok sikit-sikit jer dan kurang faham. Bila time period, memang aku tengok tak berganjak langsung. Mandi pun lepas habis cerita.. Best sangat.

Geramnya dekat Harris. Macam orang takde perasaan. Layan isteri nak tak nak jer. Kalau aku jadi bini dia dah lama aku menangis hari-hari. Watak yang dilakonkan memang menjadi kerana membuat aku sakit hati!! Watak Aisy juga sangat menjadi sebab sedih giler kot... Terasa sayu jer... Beginikah nasibnya? Aisy pun sangat ayu dan sejuk mata memandangnya :)


Jom kita saksikan sambungan cerita pada hari Isnin nanti. Tak sabar nak tengok.. Hari ini drama Jojie Gigil episod akhir. Apa tunggu lagi, mesti kena tengok ler... Hantu dramalah katakan... :)