Sabtu, 1 Februari 2014

Kasih dan Sayang Seekor Ibu Kucing...

Kucing sedang menyusu
Gambar bukan sekadar hiasan tetapi mempunyai penuh makna tersirat :)

Cuba lihat gambar di atas, betapa sayangnya si ibu terhadap anak-anaknya. Tidak pernah diabaikan walau seekor pun anaknya. Kasih dan sayangnya dibahagikan sama rata.

Ibu kucing ini sentiasa menemani anaknya malah sanggup mempertahankan anaknya dari kucing jantan (bapak) daripada dibunuh. Sehinggakan ibu ini tercedera.

Si ibu kucing ini akan terus pergi mendapatkan anaknya apabila mendengar suara anaknya menangis. Melihat sendiri apa yang berlaku terhadap anaknya.

Ibu kucing ini akan selalu berwaspada jika ada manusia yang cuba membahayakan anaknya. Ia akan mengawasi dari jauh andai terjadi sesuatu.

Kucing oh kucing. Naluri keibuanmu cukup kuat walau kamu sekadar seekor kucing.

Tetapi.. di manakah sifat keibuan seorang ibu dan kasih sayang seorang bapa yang bergelar manusia sehingga sanggup menggugurkan janin, mengelar, mencederakan dan merogol darah daging sendiri. Malah, sanggup membunuh anak yang tidak berdosa! 

Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan begitu? Kucing pun tahu sayangkan anaknya..malunya kita sebagai manusia...


Nota :

Suka sangat bila melihat ibu kucing menyusu, menjilat anak-anaknya dan tidur dengan rapat bersama anak-anak yang disayangi :) Happy dan tenang sahaja perasaan ini...

Anak kucing putih (sedang menyusu di dalam gambar) tengah sakit sekarang. Tadi ianya muntah dan tidak bermain bersama adik-beradik yang lain. Termenung dan berpeluh tubuh sahaja. Semoga anak kucing ini cepat sembuh....

Jumaat, 24 Januari 2014

'Si Comel' Salah Satu Ciptaan Terindah

Assalammualaikum...

Apa khabar semua? Ermm..agak lama juga saya tidak menulis di blog ini. Hanya sempat menulis di blog Sajian Hati dengan berkongsi pelbagai resipi yang pernah dicuba.

Sebenarnya, idea untuk menulis datangnya bercurah-curah. Terdapat pelbagai kisah pahit manis kehidupan yang ingin dikongsi tetapi mood untuk menulis tidak juga kunjung tiba. Jadi, apakan dayaku??

Kisah kali ini adalah mengenai kucing kesayanganku. Ianya amat comel bagi kami sekeluarga. Fikiran akan rasa tenang apabila melihat salah satu keindahan ciptaan Allah ini iaitu Si Kucing. Comel sangat apatah lagi melihat keletahnya bermain dan bermanja.

3 ekor anak kucing
Hai.. katanya...salam perkenalan..

Inilah dia anak kucing saya... Comel tak? Biasa-biasa jer almaklumlah kucing jalanan... Sepatutnya mereka berempat, tetapi menjadi bertiga akibat suatu peristiwa tragis..

Jadi.. berkemungkin selepas ini, saya akan bercerita mengenai kucing, anak kucing, kucing dan anak kucing lagiii....hehe..sebab banyak sangat kisah mereka yang ingin dikongsi...

Sabtu, 23 November 2013

Kisah Ular Senduk...

Ular Senduk
Ular senduk yang telah mati dipukul
Ular Senduk dan Kucing
Kucing pun menyibuk sama..

Hai semua...entri kali ini adalah mengenai ular... Ular??? Ya... iaitu ular senduk..  'Macam takut jer, macam nak lari jer'...dan memang takut pun...

Ular ini dijumpai di dalam bilik mandi rumah. Cuba anda bayangkan ketika anda hendak masuk ke dalam toilet, terdengar bunyi ular dan seterusnya nampak ular tersebut. Takut tak? Begitulah yang terjadi...

Ular tersebut terperangkap di dalam perangkap tikus di dalam bilik mandi. Bagaimana kita untuk membunuhnya sedangkan ianya terperangkap di dalam perangkap tikus? Memang sukar dan mencabar...

Alhamdulillah, berjaya juga membunuhnya. Hero saya iaitu abah kesayangan yang membunuhnya. 

Bagaimana cara abah membunuhnya? Begini...

Di dalam bilik mandi, ayah telah merendam perangkap tikus ke dalam tong air yang berisi air. Tujuannya untuk melemaskan ular tersebut. Tetapi, apa yang telah terjadi.....

Ular tersebut telah keluar dari perangkap tikus tersebut dan berenang-renang di permukaan air.. Abah pun memukulnya.. Tetapi memang sukar untuk membunuhnya di dalam air dan ayah sendiri mengakuinya...

Syukur alhamdulillah, ular tersebut mati juga. Jika tidak, memang tidak berani masuk bilik air dan jika tinggal di rumah pun masih takut kerana tahu ada insan berbahaya yang tidak diundang.

Biasalah rumah kampung yang dikelilingi oleh sawah padi dan pokok kelapa sawit di sekeliling rumah memang tidak dapat lari dari binatang tersebut. Tikus, ular, katak, biawak dan sebagainya... Apa yang penting, kita harus lebih peka.

Kucing iaitu Tommy pun menyibuk sekali..  Dia pun macam takut juga apabila tengok ular tersebut....


Nota : 

Perangkap tikus tersebut mengandungi katak sebenarnya. Oleh sebab itulah, ular tersebut masuk ke dalam perangkap untuk memakan makanannya. 

Tujuan meletak katak di dalam perangkap tikus kerana katak terlalu banyak masuk di dalam rumah. 

Apabila dihalau keluar, ianya masuk semula ke dalam bilik mandi dan seterusnya ke dalam rumah. Adik kecil juga takut untuk masuk ke bilik air jika ternampak katak.

Kesilapan yang paling besar adalah tidak meletakkan perangkap tikus tersebut di luar rumah. Moga tiada lagi ular yang masuk... Memang sangat takut terutama jika tiada ayah di rumah.....Tak tahu nak buat aper....