Selasa, 21 Ogos 2012

Ubi Kayu Cicah Kelapa dan Gula

Ubi kayu


Siapa suka makan ubi kayu? 
Makanan apa yang boleh dimasak menggunakan ubi kayu?
Apa yang saya tahu kuih keria, cucur badak, cucur, kuih tepung talam, bingka ubi kayu, kerepek....
Anda pula macam mana?

Rabu, 15 Ogos 2012

Kemalangan yang Mengorbankan Dua Jiwa

Keratan akhbar di atas berkisar kemalangan yang mengorbankan dua orang anak saudara sahabat. Kakak iparnya turut mengalami kecederaan yang teruk. Sehingga kini masih belum pulih sepenuhnya.

Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini terutama ketika Syawal yang akan menjelma. Doakanlah kesejahteraan mereka  di sana.

Kepada sahabatku, jangan bersedih dan terimalah ketentuan ini..

Jumaat, 6 Julai 2012

Jelly Kelapa :)


Kenapa susah sangat nak dapatkan buah kelapa muda pada masa kini? Walaupun di kampung? Buah kelapa memang terhangat di pasaran..Satu biji buah kelapa muda hampir RM3..Mahal bangat!

Jadi, bilakah saya dapat cuba memasak jelly kelapa ini? Sedap sebab tu nak try!! Sejuk di tekak...nyum..nyummm...