Selasa, 3 Julai 2012

Tercapai Jua ...


Akhirnya...tercapai juga hasrat untuk makan chicken chop di Restoren Satay Village. Dugaan yang pertama apabila pergi sahaja ke restoren tersebut, restoren tak bukak lagi. Awal sangat datang. Dia buka pada petang hari hingga malam. Saya datang pukul 4 petang rasanya...

Baru kali ini berkesempatan, saya berkunjung pada malam hari..Harganya RM6.00..

Kawan kata sedap makan chicken chop di sini, jadi cuba jelah..Apa-apa pun tak menyesal datang..

Sabtu, 30 Jun 2012

Siapa Suka Makan Kuih?

Kuih-muih

Siapa suka makan kuih? Sayalah yang sangat suka makan kuih...hehe..Sendiri tanya sendiri jawab...!

Terdapat pelbagai jenis kuih seperti kuih di atas iaitu kuih karipap, seri muka dan pulut udang. 

Saya teringin mencuba membuat semua kuih yang ada di Malaysia. Kuih-muih dari Kelantan, Terengganu, Sabah dan sebagainya..Saya ingin merasai sendiri kelazatan dan keenakan kuih tersebut..!

Teringin juga belajar memasak resepi turun-temurun dari keluarga. Adakah tercapai hasrat saya itu? Ermm..mungkin tidak..

Kita sepatutnya mempertahankan cara hidup kita dengan mengembangkan atau memperkenal makanan Melayu terutama kuih-muih di peringkat antarabangsa. Kita harus bangga dan mempertahankan tradisi nenek moyang selama ini.

Isnin, 18 Jun 2012

Jamu Selera di Teksi Corner PB !!

Nasi Goreng Ayam

Laicikang
First time makan di situ.
Walaupun dalam keadaan panas tetapi apabila bersama teman-teman kehangatan itu tidaklah terasa.
Terima kasih kepada kawan yang belanja..
Sempena Hari Lahirnya..tq..Tahun depan belanja lagi yer..hehe