Selasa, 27 Februari 2024

Pokok untuk Masalah Kencing

 Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah kenyang betul rasa malam ini. Sampai mengah dibuatnya. Saya kerap mengah sejak akhir-akhir ini. Makan tak seberapa pun tapi mengah yang lebih. Tahu atau tidak nama pokok atau tumbuhan di bawah? Saya sebenarnya tak tahu nama apa pokok ini.

Ms Chong @ bos yang beri kepada kawan kerana mengalami masalah kencing kotor. Kawan beri pula sedikit pada saya kerana turut mengalami sakit yang sama.

Cara penyediaannya adalah dengan merebus batang, bunga dan daunnya. Tapis untuk dapatkan airnya. Kemudian minum pada siang hari. Elakkan minum pada waktu malam kerana risau air ini sejuk dan mengakibatkan urat menjadi sejuk. Lebih baik minum pada waktu siang.

Simpan untuk rujukan nanti. Kawan yang minum air ini katanya mujarab. Saya yang minum baru sekali, kurang nampak lagi hasilnya. Pokok ini sukar untuk didapati dan ianya tumbuh sendiri.


2 ulasan:

  1. Ammi pun taktau apa nama pokok ni..
    Tapi teringat masa arwah mama pernah kena kencing kotor dulu..mmg sakitlah kan sampai nak berdiri tegak pun tak boleh. Jadi ada jiran india bagi arwah mama batang belah dalam pokok pisang (macam rupa lampu kalimantang) dan suruh mama rebus dan minum airnya.

    BalasPadam
  2. CCL pernah kencing kotor . amalkan air barli rebus .

    BalasPadam