Selasa, 30 Disember 2014

Sinopsis Novel Cik Bunga dan Encik Sombong

Novel Cik Bunga dan Encik Sombong

Novel Cik Bunga dan Encik Sombong merupakan karya Airisz yang menetap di Taiping, Perak. Penerbitnya pula ialah Karyaseni Sdn. Bhd. Ada dialek Perak Utara dalam novel ini. Ala... macam bahasa orang Kedah juga. 

Jadi, orang Kedah dan orang belah Perak Utara lebih mudah faham dan memahami jalan cerita dan bahasanya. Untuk negeri-negeri yang lain bolehlah belajar serba sedikit. Tak susah mana pun untuk memahami kerana sedikit jer loghat @ dialek tersebut ditulis. Jom lihat sinopsis yang terdapat di belakang novel tersebut.

****************

Aku? Aku Intan Asnidar. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, Harris Isqandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang ke kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan