Rabu, 31 Disember 2014

Mesin Duit Syiling di BSN

Assalamualaikum...

Sudah lama hendak menulis entri ini tetapi asyik tertangguh sahaja. Baru hari ini berkesempatan. Korang pernah guna tak mesin tukar duit syiling di mana-mana bank? Aku masa mula tu tak tahu yang mesin nie wujud. Apabila dimaklumkan oleh kerani bank baru aku tahu. Jadi, pulunlah kumpul duit syiling banyak-banyak untuk cuba menggunakannya.

mesin duit syiling
Mesin Duit Syiling

mesin duit syiling

Inilah mesin duit syiling tersebut. Menurut kerani Bank Simpanan Nasional, mesin nie hanya terdapat satu dalam sebuah negeri. Di negeri Perak hanya ada di BSN cawangan Tanjung Piandang. Negeri lain aku tak tahu. Mungkin di Tanjung Piandang orang rajin tukar duit syiling kot mengikut statistik mereka. He..he.. tekaan semata :)

mesin tukar duit syiling

Resit Tukar Duit Syiling
Resit

Apabila kita hendak memasukkan duit, perlu nyatakan nombor akaun BSN dan nombor telefon. Duit tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun kita dalam masa 3 hari. Anda akan dapat resit seperti di atas.

Ermm..bestkan. Tiada lagi masalah kocek atau dompet berat. Kumpul banyak-banyak dan simpan menggunakan mesin. Tak perlu beratur panjang lagi. Boleh buat sendiri :)

5 ulasan:

  1. Dh bankin.. Kata tggu 3 hri ikut waktu brkrja.. Dh masuk 4 hari check akaun.. Duit still x masuk lgi.. Hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh..bahaya tu..kena check selalu akaun masuk atau tak lagi..

      Padam
  2. Assalammualaikum mesin duit syiling di BSN ALMESRA KOTA KINABALU SABAH SUDAH 7 BULAN TIDAK BERFUNGSI. KENAPA TIDAK DITUKAR ATAU TIDAK DISERVIS.

    BalasPadam
  3. menarik tapi takpernah cuba, kena kumpul duit syiling gak ni

    BalasPadam