Ahad, 15 November 2026

Giveaway Anniversary Ke-17 Blog Saje Suka-Suka

1. Kenapa suka masuk Blog Saje Suka-Suka?

Suka kerana blog yang santai dan menghiburkan. Boleh baca tanpa perlu fikir perkara berat. Setiap info disampaikan dengan baik dan mudah difahami. Selain itu, rasa ingin tahu atau tertanya-tanya apa cerita atau perkongsian terbaru dari kak Notie. Boleh tahu perkembangan terkini kak Notie.


3. Apa yang best bila masuk Blog Saje Suka-Suka?

Best kerana terdapat pelbagai cerita dan info menarik. Dapat tahu sesuatu perkara dengan mudah. Cerita dan pengalaman kak Notie sendiri juga amat berharga untuk dikongsi bersama.


4. Bagaimana boleh terjebak masuk Blog Saje Suka-Suka?

Terjebak melalui aktiviti blogwalking. Akan follow blog yang masih aktif menulis. Bila ada entri baru dan berkesempatan, insya Allah pasti akan singgah :)


5. Bagaimana dengan karakter tuan blog bila bercerita?

Dari gaya penulisan, kak Notie seorang yang santai atau bersahaja, mesra dan suka bercerita. Gaya bahasa yang mudah lebih dekat dengan pembaca.


6. Apa penambahbaikan dalam blog yang diharapkan?

Saya berharap blog ini terus aktif dengan perkongsian yang menarik, mencuit hati dan mempunyai nilai kenangan. Semoga blog ini bukan sekadar menjadi tempat menyimpan cerita, tetapi turut menjadi ruang yang menghubungkan penulis dengan pembaca.

Biarlah blog ini kekal dengan konsepnya: Masuk suka-suka, membaca dengan gembira, pulang membawa cerita. ❤️

SR! Saya Nak TNG eWallet!

Assalamualaikum  dan selamat pagi. Tengok ramai yang sudah join giveaway SR! Saya Nak TNG eWallet! ini. Kena sabar dulu kerana internet masih perlahan. Tunggu cuti dan waktu pagi baru boleh join. Kepada yang belum join sempat lagi boleh klik pada banner. Tamat pada 25 November 2026.

  • Terbuka kepada blogger Malaysia sahaja yang mempunyai blog aktif.

  • Salin atau muat turun banner rasmi giveaway yang disediakan dalam entri ini.

  • Terbitkan satu entri di blog masing-masing dengan tajuk "SR! Saya Nak TNG eWallet!"

  • Masukkan banner tersebut bersama pautan entri. 

  • Tinggalkan pautan entri penyertaan anda di ruangan komen!

Kuih Raya Deepavali 2026

Assalamualaikum semua. Pagi-pagi baru internet laju dan boleh buka di laptop. Waktu petang dan malam memang sangat perlahan. Semoga masalah ini tidak berpanjangan. Terpaksa tidur awal kerana tidak boleh scroll TikTok..hihi.. 

Kuih raya Deepavali untuk tahun ini. Daven beri pada kami yang berada di office. Sama seperti kuih raya kita. Copy and paste sahaja. Kebanyakan kuih dibuat oleh isteri dan anak-anak Daven. 

Nak tanya, berani tak makan kuih atau makanan yang dimasak oleh kaum India? Cuba komen. Saya makan juga kuih maruku. Suka akan rasa lemuju yang menyegarkan.

Kuih lain tak rasa pun lagi. Sebab nak diet. Boleh percaya ke?haha..