Assalamualaikum dan selamat tengahari. Cuaca baik hari ini, malam tadi hujan dan juga angin kuat. Tahun ini minat menanam datang kembali. Harap ianya berterusan.
Pada mulanya nak beli ubat semut sahaja tetapi menjadi mahal bila tiada free shipping. Jadi terpaksa beli barang yang lain juga di kedai yang sama. Sarung tangan plastik itu sangat berguna, walaupun mudah terkoyak. Bolehlah untuk lapik pegang tanah. Barang ini beli di Shopee.
Ini pula beli di TikTok. Khabarnya elok untuk membaiki tanah lama yang berada di dalam pasu. Bukan beli satu tetapi sekali tiga. Sebabnya beli tiga lebih berbaloi. Harga 2 unit dengan 3 hampir sama sahaja. Demi mengelak pembaziran beri satu pada mak kawan yang suka menanam. Harap mak cik sukalah. Tak tahu produk ini berkesan ataupun tidak.
Seterusnya beli baja penggalak akar. Ramai yang kata kena ada untuk tanaman. Jadilah belilah juga sebab tak pernah guna. Kena tambah barang lain juga untuk dapat free shipping. Tapi tak dapat sepenuhnya pun free shipping. Dapatlah murahlah sikit. Beli di TikTok.
Beli pasu plastik dan juga biji benih di kedai Eco. Sebelum ini beli benih daun sup di pekan Isnin RM4. Lebih murah beli di kedai Eco.
Benih daun ketumbar dan juga sawi. Kawan kata benih di kedai Eco lebih senang tumbuh. Alhamdulillah kedua-dua benih ini tumbuh dengan baik.