Memaparkan catatan dengan label Ular. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ular. Papar semua catatan

Isnin, 2 Februari 2026

Ular Pucuk @ Ular Daun Panjat Dinding Dapur

Assalamualaikum dan selamat malam. Kisah hari Ahad yang lalu 1 Februari 2026. Selepas solat Zohor masuk ke dapur untuk minum air. Kakak, abah dan adik sedang bersembang, semuanya santai sahaja. Adik lelaki pula sedang makan di dapur. Mereka sudah tahu ada ular pucuk @ daun di dapur. Saya yang baru datang ke dapur yang tidak tahu.

Abah tunjuk ke arah jam dinding. Saya nampak ada ekor warna hijau. Anak biawak atau mengkarungkah? Kakak kata ularlah. Barulah saya kalut cari buluh dan beri pada abah untuk pukul ular. Mentang-mentang ular daun boleh pula mereka bersembang seperti tiada apa-apa. 

Budak ini paling bising bila tengok abah pukul ular. Boleh pula dia jerit-jerit. Abah tarik ekornya kerana nak lepaskan diri melalui tingkap.

Adik lelaki yang nampak ular itu dulu. Kalau ular lain memang makan pun tak sempat..hihi.. Tapi bagi saya ular tetap ular. Menakutkan dan mengelikan. Risau pula nak lalu bawah pokok. Mungkin ada yang memerhati :)

Selasa, 5 Ogos 2025

Ular Salin Kulit Dalam Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Ahad malam, ketika menonton televisyen terpandang sesuatu di dinding. Apa benda itu? Kulit ular atau ular? Nak kepastian daripada adik.

Adik kata nampak macam kelabu putih, mungkin kulit ular. Lagipun tak bergerak. Kami pun sambung menonton televisyen.

Gambar yang dizoom. Aduhai, dalam hati rasa risau. Dalam rumah pun ular boleh masuk. Siap panjat lagi. Abah kata ular biasa yang tangkap cicak. Bukan ular senduk atau yang berbahaya. Nama pun ular, mana boleh tak risau..huhu..

Isnin, 29 Jun 2015

Ular Bersalin Kulit dalam Rumah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini sudah 12 hari umat Islam berpuasa. Syukur pada Ilahi kerana masih diberi kesempatan berpuasa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia :)

Seram tak dengan tajuk entri kali ini? Bagi aku, seram jugalah. Apatah lagi di dalam rumah. Kalau di luar rumah tidaklah terlalu takut kerana ia agak jauh dari kita.

kulit ular senduk

Gambar menunjukkan kulit ular senduk yang menyalin kulitnya di dalam rumahku. Syukur sangat ibu perasan akan kemunculan ular tersebut yang bersembunyi di bawah tikar. Ular tersebut berjaya dibunuh oleh my hero iaitu abah. Tq abah :)