Memaparkan catatan dengan label Dunia Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Kucing. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mei 2025

Kucing Pinn Yangg Punya Angkara

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Selamat hari pekerja kepada semua. Walau apa pun pekerjaan kita, bekerjalah kerana Allah. Semoga rezeki kita lebih berkat dan dipermudahkan segala urusan.

Masuk dapur terkejut ada barang yang jauh dan pinggan yang pecah. Bukan sekali tetapi berkali-kali sudah kucing Pinn Yangg buat hal. Minta abah tolong buangkan kucing tersebut jauh-jauh. Tapi abah kata tak pa, selagi ada ruang jalan dan tak penuh kaca dan berselerak, boleh lagi. Jadi tak perlu buang kucing tersebut. Begitulah abahku.

Rasa setiap kali pecah nak suruh abah yang kemas. Biar abah tahu betapa sakit hati nak mengemasnya.

Ada ikan goreng sebab itu Pinn Yangg tolak tudung saji beserta makanan yang ada jatuh ke lantai. 
 

Ahad, 26 Mei 2024

Anak Kucing Baru Lahir ditinggalkan Ibunya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kenapalah mood asyik nak bermalasan sahaja nih. Seronoknya kalau dapat makan tidur jer. Tapi badan pula rasa tak sihat. Baik tulis blog daripada tak buat apa-apa. Kisah dunia kucing. Pagi kelmarin semasa keluar belakang rumah untuk sidai pakaian, tiba-tiba ada seekor kucing baru yang tidak dikenali terkejut dengan kehadiranku. Kucing tersebut sedang beranak. Anak dia masih tergantung di bahagian tersebut, tidak keluar sepenuhnya.

Bila tengok kehadiranku, kucing tersebut lari tak cukup tanah. Anaknya yang terjuntai itu jatuh satu persatu ketika berlari. Anak pertama mati semasa ianya keluar manakala anak kedua masih bernyawa.

Aku biarkan saja anaknya di situ kerana mungkin ibunya akan datang kembali. Malangnya ibunya tidak datang sampai ke petang. Anak kucing itu juga asyik menangis. Bila mendengar anak kucing asyik menangis dan ditambah pula duduk di tempat yang panas dan tiada bumbung, aku mengambil keputusan untuk letakkan anak itu bersama ibu kucing yang lain. Ibu kucing itu juga masih menyusu anaknya.

Inilah kucingnya iaitu ibu Oyen bersama lima ekor anaknya. Terkejut juga ibu Oyen bila aku letakkan anak kucing tersebut. Kemudian aku terus pergi. Tali pusat @ kantung, tak pasti apa itu pun masih ada lagi. First time tengok, geli pun ada rasa.
 
Harap ibu Oyen dapat menyusu dan menjaga anak kucing tersebut. Anak kucing tersebut perlu bersaing dengan kucing yang lebih besar untuk menyusu. Memang selalu dia akan menangis bila dipinggirkan oleh ibu Oyen dan anak kucing yang lain.