Memaparkan catatan dengan label Sembahyang Cina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembahyang Cina. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Oktober 2025

Makan-Makan Sempena Sembahyang Cina

Assalamualaikum dan selamat petang. Pada 19 September yang lalu kilang ada buat sedikit makan-makan sempena kaum Cina sembahyang. Sembahyang pada bulan tujuh kalendar Cina setiap tahun.

Bulan tujuh kalendar Cina kena jaga-jaga sikit katanya. Tak boleh keluar lewat malam kerana hantu berkeliaran. Mereka takut sikit pada bulan ini.

Ayam masak merah, jelatah dan juga ikan termenung goreng. Bihun goreng pun ada. Tempah dengan adik Kak Ju yang membuat perkhidmatan katering. Jadi hari itu kami tak perlu bawa bekal makanan.
 
Mengambil makanan tengahari yang telah disembahyang. Untuk mereka ada makanan tambahan seperti buah, keropok dan biskut.

Orang Melayu bahagian lain. Asingkan dengan makanan yang disembahyang. Mereka pun faham kami tak makan makanan yang disembahyang.