Assalamualaikum semua. Bahagian kedua untuk entri ini. Mari kita sama-sama lihat ada berapa bahagian semuanya.. hahaha..
Mee kari ke ni? Tuan badan yang makan pun dah confius. Tengok sendirilah yer :)Nasi kenduri di Tapah. Ada ikan keli dan ayam goreng berempah. Suka menu ini :)Bubur pulut hitam dengan durian sejuk beku dalam peti ais. Buat sebab nak habiskan pulut hitam, lama-lama risau rosak.Apakah itu? Cuba teka.. Krim kek.. Tak sanggup nak makan, tebal sangat. Kek tunang abang.Proses menggoreng kerepek pisang berangan. Info terkini, sekarang ada setandan pisang berangan yang belum masak. Nampaknya jika sempat, minggu depan kena buat kerepeklah...Char kuew tiaw dinikmati bersama ABC, best sangat. Sekarang ini cuba untuk kawal pengambilan gula, jadi kena sabarlah dengan minuman manis..Nugget dan juga kentang goreng. Itupun nak ambil gambar..huhuhu...Ikan sardin kecik-kecik @ haluih orang Kedah cakap. Nak bersiang bukan main penat. Nak buat laksa punya pasal di hari raya. Alhamdulillah.. ada periuk Noxxa, memudahkan kerja sikit :)Nasi lemak abah beli, seperti biasa pasti akan dikidnap :)Salah satu menu bekal di tempat kerja. Sesungguhnya suatu hari nanti pasti merindui saat ini :)Ahad, 15 Jun 2025
Entri Pasal Makan 2025 Bahagian 1
Mee dan kuew tiaw goreng pasar malam Sungai Baharu. Pasar malam di kampung saya. Menjelang Maghrib tutup. Suka minta campur mee dengan kuew tiaw baru best :)Murtabak pasar malam Sungai Baharu juga. Adik memang suka sangat murtabak. Pasembor pasar malam Sungai Baharu. Banyak membeli pada hari itu kerana adik ada. Kalau kami berdua, beli seorang satu sahaja.Ini masa menjelang raya, kena siapkan bahan mentah untuk dimasak. Seronok ada banyak binatang adik cakap.. hahaha.. Alhamdulillah...Maruku air tangan sendiri. Seronok orang sebelah kata sedap. Makan ditempat kerja..Kuew tiaw sup adik buat. Rajin dia buat begedil sekali.Cucur bancuh dengan air panas. Resipi dari Tiktok. Inilah antara salah satu menu bekal ditempat kerja. Makan nasi dengan ayam goreng dan sos. Alhamdulillah.. Itupun adik yang masak...
Sabtu, 16 November 2024
Makanan dari Bakal Kakak Ipar
Khamis, 3 Oktober 2024
Pertama Kali Merasai Mee Celup
Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga semua sihat-sihat sahaja. Minggu lepas pergi rumah kakak di Kulim dan berehat sebentar di Bertam Resort Penang. Adik ipar kakak belikan mee celup untuk dibawa pulang.
Tak kedekut pula resipi. Boleh pula bagi resipi untuk dicuba. Semoga murah rezeki pemilik resipi yang sudi berkongsi.
Rabu, 11 September 2024
Bawa Bekal Maruku ke Tempat Kerja
Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja bagi mereka yang bekerja. Laksanakan tanggungjawab anda dengan baik. Sudah beberapa hari bawa bekal maruku. Selagi tak habis, hari- hari bawa ke tempat kerja. Boleh makan ketika lapar dan ubat hilang mengantuk.
Jumaat, 23 Ogos 2024
Tomyam Campur dan Pizza Pasar Malam
Khamis, 22 Ogos 2024
Bingka Ubi Kayu untuk Rakan Sekerja
Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi paksakan diri membuat kuih. Maka terhasillah bingka ubi kayu. Sayang tengok ubi kayu. Jika dibiar akan masuk angin dan rosak. Buat kerja sambil bertarung dengan nyamuk. Musim hujan nyamuk pun banyak. Tak senang nak buat kerja.
Terpaksa berceloteh di sini kerana tempat kerja kurang bercakap dan bersembang dengan orang. Masing-masing sibuk dengan kerja.
Selasa, 20 Ogos 2024
Rasa Teringin Tapi Mahu Buat Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak akhir-akhir ini rasa teringin makan macam-macam yang sedap-sedap. Tetapi masalahnya bila sampai ke kedai tak jadi nak beli. Rasa hilang rasa teringin itu.
Contohnya teringin nak makan donat bila fikir balik takut tak sedap, tak puas makan sebab sedikit dan rasa tak berbaloi nak beli. Tahu sebab apa? Teringin nak buat sendiri dan boleh makan banyak dengan puas. Lagipun kaedahnya agak mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Oleh itu sampai sekarang tak beli donat kerana nak buat sendiri.
Masalahnya bila nak buat sendiri perasaan malas, tak cukup masa, penat dan sebagainya. Jadi tak terbuat sampai sekarang.
Begitu juga dengan makanan yang lain, sanggup tak beli kerana fikir nak buat. Tapi masalahnya tak buat juga. Haha..
Campuran tiga makanan bergoreng iaitu maggi, mee dan bihun. Mee dan bihun beli di kedai yang berlainan. Maggi pula dimasak oleh adik bongsu.
Kenapalah suka tulis tentang makanan saja? Sebabnya makananlah yang hari- hari benda yang kita fikirkan. Betul tak?
Semoga blog dan akaun sosial yang lain jauh dari sebarang dosa. Blog adalah diari untuk diri sendiri dan dikongsi bersama pembaca. Bukan niat untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan untuk diri sendiri. Apa yang dilalui itulah yang ditulis untuk tatapan. Sekian.
Selasa, 13 Ogos 2024
Goreng Pisang di Pagi Hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cerita minggu lepas 11 Ogos 2024, buat goreng pisang dan juga kerepek pisang. Hasil tanaman abah. Alhamdulillah.
Cuba teka yang ranum pisang apa dan yang masih muda pisang apa. Dua jenis pisang yang berlainan.Isnin, 5 Ogos 2024
Kek Dulu-dulu
Rabu, 31 Julai 2024
Pertama Kali Mencuba Kek Pandan Gula Melaka
Isnin, 4 Mac 2024
Mee Sizzling di Mydin, Parit Buntar
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga semua sihat dan ceria selalu. Gambar tahun lepas, mee sizzling. Adik bongsu suka sangat mee sizzling di Mydin, Parit Buntar ini.
Selasa, 12 Disember 2023
Kek Tapak Kuda Nutella Oleh Cahaya Petunjuk
Selasa, 24 Oktober 2023
Goreng Pisang Sedap
Ahad, 22 Oktober 2023
Kerepek Pisang Berangan Hasil Tanaman Abah
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kenapalah pagi-pagi pun rasa stress. Tak cukup tidurkah? Cukup malah rasanya sudah lebih dari cukup. Stress banyak kerja tapi tak tahu nak mula dari mana? Akhirnya semua kerja tak jadi. Cuti dua hari masih belum cukup apatah lagi cuti sehari...
Cerita kelmarin, buat kerepek pisang berangan. Guna cara kawan iaitu dengan rendam pisang dengan air garam untuk seketika. Nanti rasa garam akan masuk ke dalam pisang.
Inilah hasilnya, kerepek pisang berangan yang enak. Kena sagat pisang dalam belanga terus barulah pisang tak melekat antara satu sama lain. Tak boleh kedekut minyak juga, kena guna minyak yang banyak.