Buah tangan yang dibawa balik dari Cameron Highlands dan Padang Besar. Ada lagi badam tak buang kulit tapi tak sempat ambil gambar. Sudah habis dimakan. Biskut dalam tin simpan pada anak buah juga. Pasti dia suka nanti :)
Memaparkan catatan dengan label Buah Tangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah Tangan. Papar semua catatan
Rabu, 11 Februari 2026
Buah Tangan dari Cameron Highlands dan Padang Besar
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kakak sulung selepas sembuh dari pembedahan buang fibroid, terus aktif makan angin. Mungkin sudah lama dirancang bersama kawan-kawan. Alhamdulillah kakak sudah sihat dan kembali bekerja.
Sabtu, 6 Januari 2024
Biskut Tart Nenas dan Kek Coklat Pemberian Sahabat
Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga semua sihat sejahtera. Kisah 17 November 2023, pergi shopping dan makan dengan sahabat iaitu Ean. Kami makan di restoran Teratak Laman Suri terletak di Bandar Baharu, Kedah. Nak tengok kami makan apa boleh klik di sini. Pelbagai juadah ada tak perlu pergi restoran lain lagi.
Macam biasa bila keluar sahabat saya ini sentiasa beri buah tangan. Tak pernah balik dengan tangan kosong. Suka betul dia bersedekah dan kawan dia seorang ini pula suka pula menerima.. haha..Ada saja idea dia nak memberi. Singgah kedai kek, pergi beli kek pula. Biskut tart nenas memang sudah dibawa dari rumah. Syukur sangat kerana dikurniakan sahabat yang sangat baik.
Saya memang kurang kawan dan sejenis yang tidak mudah mesra dengan orang. Alhamdulillah Allah S.W.T memberi sahabat dan kawan yang tidak ramai tetapi baik. Alhamdulillah...
Ahad, 17 Oktober 2021
Buah Tangan Ketika Bertandang
Siapa kata lelaki tak pandai ambil hati? Laki lebih rajin dan pandai berbudi bahasa. Datang rumah orang pasti ada saja buah tangan yang dibawa. Saya sebagai seorang perempuan, kebiasaannya melenggang sahaja pergi ke rumah orang :)
Simpan sebagai kenangan. Buah tangan dari seseorang...
Terima kasih pada yang memberi....
Langgan:
Ulasan (Atom)




