Memaparkan catatan dengan label Pemberian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemberian. Papar semua catatan

Rabu, 11 Jun 2025

Coklat Pemberian Anis

Assalamualaikum dan selamat petang. Selalu orang yang berpindah atau berpisah yang akan terima hadiah. Tetapi kali ini terbalik pula. Orang yang berhenti kerja pula yang memberikan sesuatu kepada kawan-kawannya. 

Ini merupakan perpindahan kali kedua. Kali pertama kami kumpul duit beri jam tangan. Bila kali kedua ini tak terasa nak bagi sesuatu...

Terima kasih Anis kerana beri coklat enak ini. Sedap-sedap semuanya. Manis itu biasalah, nama pun coklat :)

Jumaat, 25 April 2025

Biskut Raya dari Whiz International 2025

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini tak pergi kerja kerana kurang sihat. Bila malam sakit ini makin teruk, asyik bersin sahaja. Semoga cepat sembuh tanpa perlu makan ubat terutama antibiotik.  Sebelum raya lagi Whiz beri biskut raya pada adik. Baru berkesempatan untuk update di blog. Itupun kerana nak clearkan gambar di handphone.


Tahun ini dapat biskut ini sahaja. Tetapi rasanya memang enak. Walaupun sedikit tetapi puas hati sangat dapat menikmatinya. Terima kasih daun keladi, tahun depan bagi lagi :)

Selasa, 27 Ogos 2024

Dapat Sebatang Pen Pun Happy

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kedua untuk hari ini. Ketua sibuk sembahyang, anak buah pun mengular. Sembahyang bagi orang Cina. Ada bakar-bakar. Nanti bila habis, bolehlah makan. Sudah asing makanan untuk orang Melayu. Makanan orang Melayu tak terlibat. Alhamdulillah.

 
Alhamdulillah... Rezeki yang diperolehi walaupun sekecil-kecil rezeki.

 
Pen yang dapat kelmarin. Ada pembekal beri pada anak boss dan anak boss beri pada pekerja. Pen dakwat basah. Cantik dan comel pennya. Suka sangat :)

Isnin, 19 Ogos 2024

Rezeki Buah Dokong dan Cempedak Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rezeki hari Isnin. Beli makanan untuk makan tengahari, dipelawa untuk ambil buah-buahan. Rezeki jangan ditolak. Ambil sedikit buah dokong dan juga cempedak goreng. Alhamdulillah.
 
 
Berkongsi rezeki katanya, hasil dari kebun Tuan kedai. Alhamdulillah dapat juga orang lain merasa. Terima kasih sangat :)

Jumaat, 28 Jun 2024

Beg Galas Untuk Isteri Adik Angkat

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Kedengaran guruh berdentum. Takut pula untuk terus menulis. Bunyi bumbung ditiup dan diangkat oleh angin. Jika keadaan makin kritikal baru berhenti menulis dan sambung tidur. 

Beg yang baru sekali dipakai dan telah diberikan kepada isteri adik angkat semasa bulan Syawal 2024 yang lalu. Begnya terlalu besar dan tidak mampu untuk diangkat oleh badan ini. Risau jika gunakan ia, isi tak ingat dunia kemudian menyusahkan diri dan orang lain.

Oleh itu, lebih baik jika beg ini disedekahkan sahaja daripada tidak digunakan. Simpan untuk kenangan. Ada rezeki ingin beli beg lain yang lebih mudah untuk dibawa.

Jumaat, 1 Mac 2024

Cream Puff Pemberian Ah Chong

Assalamualaikum dan selamat pagi. Perjuangan satu hari untuk hari ini, bekerja untuk kehidupan. Alhamdulillah minggu ini tak perlu ke dapur kerana kakak di Kuala Kangsar balik. Jadi kakaklah yang masak. Dapat juga berehat selepas pulang bekerja. Cuma hari ini sahaja perlu ke dapur kerana kakak sudah pulang.

 
Cream puff yang diberi oleh Ah Chong. Katanya dibeli dari orang Melayu. Terima kasih sudi memberi.
 
 
 Bungkus kecil-kecil untuk beri seorang satu.