Rabu, 28 Januari 2026

Bekal 28 Januari 2026

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini first time tak makan nasi tengahari di kilang. Bawa bekal kuew teow goreng dan juga lempeng kelapa. Itu pun sudah cukup mengenyangkan. 

Kuew teow goreng kakak dan adik masak. Lempeng kelapa pula abah beli. Cicah dengan kuah gulai sedap sangat. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki ini.

Selasa, 27 Januari 2026

Pasang Shower Untuk Dua Bilik Mandi Luar

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat menjalani kehidupan dengan ceria. Moga semua semua urusan kita dipermudahkan. Fikir punya fikir akhirnya terpasang juga shower di dua bilik mandi ini. Sebenarnya bilik mandi ini jarang guna kerana berada di luar rumah. Jadi ia kurang mendapat sambutan.

Bila nak guna rasa ragu-ragu dengan kualiti air yang disimpan dalam bekas. Mungkin ada kotoran dan haiwan yang tidak sepatutnya kerana jarang guna. Oleh itu rasa tidak selamat untuk gunakan air yang disimpan itu.

Oleh itu upah tukang untuk pasang shower agar boleh digunakan bila-bila masa pun. Memang sangat dipermudahkan. Bila mesej tukang dia terus on untuk buat. Terkejut juga tak busy pula tukang berbanding sebelum ini.


Mula-mula nak buat satu bilik mandi sahaja tetapi buat shower paling simple ianya menjadi murah sedikit. Jadi apa salahnya buat dua bilik mandi terus.

Harga barang dan termasuk upah RM150. Kekurangannya pula ialah air kurang laju dan juga hanya satu 🚿 sahaja boleh guna dalam satu masa. Jika guna dua-dua air memang perlahan sangat.

Ahad, 25 Januari 2026

Hasil Halia dari Dua Buah Pasu

Assalamualaikum dan selamat petang. Hasil halia dari dua buah pasu. Pokoknya sudah tua dan hampir mati, jadi kenalah korek halianya juga. Lagipun pernah terlihat entri di blog lain mengatakan halia akan reput jika tidak diambil. Pagi tadi korek dan inilah hasilnya.

Halia daripada pokok yang mengeluarkan bunga dahulu. Boleh klik di sini untuk lihat entri bunga halia. 

Setelah buang akar, tanah dan dibasuh bersih. First time dapat hasil banyak begini.

Letak dalam plastik dan simpan tempat beku. Harap tahan lama sebab guna sedikit sahaja dalam masakan setiap kali masak.

Rabu, 21 Januari 2026

Tebu Nan Sebatang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat mencari rezeki yang berkat diawal pagi. Bila tengok tebu teringat kembali zaman kecil dahulu. Petang-petang bila lapar tebulah yang kami cari. Buang kulit dan potong bagi kecil sedikit. Kunyah untuk dapatkan air manisnya. Hampas dibuang ke tanah. Nikmat manis air tebu. Abah kata boleh cuci gigi sekali. Masa kecil asyik lapar sahaja. Nampak buah jambu pun sanggup panjat.


Kini, abah ada tanam sedikit tebu di tepi rumah. Abah bagi suruh makan. Potong buang kulit rasa tak sanggup nak makan. Risau gigi patah...haha.. Itulah nama sudah meningkat usianya. Makan sedikit sahaja untuk rasa. Kurang manis mungkin tidak terlalu kuning kulitnya. Simpan dalam peti jika ada yang ingin merasa.

Isnin, 19 Januari 2026

Refill Ink Printer

Assalamualaikum dan selamat petang. Pagi tadi refill ink warna biru, kuning dan merah. Tak perasan stok ink warna hitam tiada. Jadi perlu beli dulu. Petang baru refill ink warna hitam pula.


Harap bertahan lama inknya. Tak terlalu cepat habis. Boleh dikatakan satu office guna printer ini kerana printer warna ada dua sahaja. Printer lain ink warna hitam sahaja yang boleh. Lagipun printer Canon 3020 ini menggunakan wireless, guna handphone pun boleh print. 

Ahad, 18 Januari 2026

Buang Ubat Expired

Assalamualaikum dan selamat malam. Operasi mengemas barang peribadi. Salah satunya ialah ubat-ubatan. Pasti ada ubat yang sudah tamat tempoh dalam simpanan. Bila sakit terus ke klinik, tidak pula mencari ubat lama yang disimpan kecuali ubat tahan sakit. Ubat Panadol atau Paracetamol memang laku keras di rumah ini.


Kesemua ubat di atas telah tamat tempoh. Terasa kosong sikit drawer bila telah dibuang. Ubat-ubatan letak dalam drawer kecil sahaja agar mudah dicari. Anda bila lagi? Cepat buang ubat yang telah tamat tempoh :)

Paparan Halaman Blog Pada 2 Januari 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi. Dalam sedar sudah memiliki 6 buah blog. Sejujurnya banyak lagi dan terlalu banyak tetapi telah dipadamkan. Dulu tidak bekerja dan menghabiskan masa di blog. Sebab itulah wujud blog yang banyak. Keseronokan mencipta blog sendiri. Alhamdulillah berbaloi juga kerana pernah sekali masuk surat khabar dalam ruangan blogger. 

Entri kali ini untuk menyimpan sedikit data yang telah diambil pada 2 Januari 2026. Simpan sini untuk rujukan peribadi. Untuk melihat perkembangan blog. 

Blog diberi nama Sajian Hati. Blog yang mengumpulkan resipi yang pernah dicuba sendiri. Sekadar kenangan dan disimpan untuk rujukan pada masa hadapan. 

Nama diberi blog Mutiara Balkish. Blog untuk simpan ilmu atau kata-kata yang bermanafaat sebagai rujukan.

Blog Koleksi Resipi Balkish. Blog ini mengumpul resipi yang diperoleh di Facebook, TikTok, kawan-kawan dan sebagainya. Belum pernah cuba lagi dan untuk simpanan.

Blog ini iaitu blog Manis Strawberi. Blog peribadi untuk menulis diari kehidupan pahit manis.

Blog Bukan Air Tanganku iaitu blog yang mengumpulkan resipi air tangan kawan-kawan dan juga keluarga.

Blog Mencari Cinta Abadi iaitu blog yang terakhir. Blog yang mengumpulkan fotografi dan juga sastera. Gambar yang diambil untuk kenangan akan dimuatnaik di sini. Memori phone hanya simpan gambar sendiri sahaja. 

Sabtu, 17 Januari 2026

Sample Anlene CholestoPro

Assalamualaikum dan selamat malam. Sample ini dapat dari tahun lepas lagi. Gatal tangan minta sample susu Anlene dengan mengisi maklumat di websitenya. Kalau nak cuba juga boleh mohon di sini. Kawan memang gemar minum susu Anlene, jadi nak cuba juga minum susu Anlene. Oleh itu, minta sample sama ada sesuai atau tidak. 


Khamis, 15 Januari 2026

Hadiah Giveaway Baju Raya Berlace

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini sampai sudah hadiah giveaway baju raya berlace pemberian Kak Notie di blog Saje Suka-Suka. Boleh klik di sini untuk lihat senarai pemenang. Mula-mula fikir tiada rezeki kerana tiada kotak komen. Mungkin sudah penuh dan komen pun ditutup. 


Kemudian masuk lagi di blog Kak Notie untuk lihat pemenang. Belum juga diumumkan pemenang dan ruang komen pun tiada juga. Asyik buka dan tutup sahaja blog Kak Notie. Akhirnya ruang komen pun ada dan sudah ada yang komen. Memang tak disangka masih ada rezeki rupanya. Alhamdulillah...


Cantik sangat kainnya. Terima kasih Kak Notie atas pemberian ini, moga dilimpahkan rezeki selalu. Ambil gambar waktu malam dan agak kabur. Sudah lama tak tempah baju. Tak sabar untuk melihat hasilnya. Hadiah pertama 2026 di blog :)

Jumaat, 9 Januari 2026

Chop Nama Buku Sekolah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini terutamanya kaum ibu pasti sibuk menguruskan persiapan akhir anak-anak untuk ke sekolah. Ramai kawan-kawan yang post di whatsapp mengenai persiapan mereka itu. Beli baju, beg, buku, tulis nama pada buku sekolah, isi borang dan juga ada yang sudah siap iron baju sekolah.

Ada juga yang menyatakan suatu penyesalan bila beri nama anak terlalu panjang. Nak tulis nama pada buku sekolah baru terasa. Ada yang tak perlu tulis tetapi chop nama atau tampal pelekat di buku sekolah. Rasanya chop lebih jimat kerana boleh digunakan sampai habis sekolah. Pelekat boleh guna sekali sahaja. Itulah ragam sebelum persekolahan baru bermula. 

Gambar di atas adalah chop yang digunakan untuk chop nama anak di buku sekolah. Kreatif ibubapa sekarang. Tak perlu tulis tangan lagi. Buku teks pun boleh chop sahaja. Jimat dan mudah.