Ahad, 18 Januari 2026

Paparan Halaman Blog Pada 2 Januari 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi. Dalam sedar sudah memiliki 6 buah blog. Sejujurnya banyak lagi dan terlalu banyak tetapi telah dipadamkan. Dulu tidak bekerja dan menghabiskan masa di blog. Sebab itulah wujud blog yang banyak. Keseronokan mencipta blog sendiri. Alhamdulillah berbaloi juga kerana pernah sekali masuk surat khabar dalam ruangan blogger. 

Entri kali ini untuk menyimpan sedikit data yang telah diambil pada 2 Januari 2026. Simpan sini untuk rujukan peribadi. Untuk melihat perkembangan blog. 

Blog diberi nama Sajian Hati. Blog yang mengumpulkan resipi yang pernah dicuba sendiri. Sekadar kenangan dan disimpan untuk rujukan pada masa hadapan. 

Nama diberi blog Mutiara Balkish. Blog untuk simpan ilmu atau kata-kata yang bermanafaat sebagai rujukan.

Blog Koleksi Resipi Balkish. Blog ini mengumpul resipi yang diperoleh di Facebook, TikTok, kawan-kawan dan sebagainya. Belum pernah cuba lagi dan untuk simpanan.

Blog ini iaitu blog Manis Strawberi. Blog peribadi untuk menulis diari kehidupan pahit manis.

Blog Bukan Air Tanganku iaitu blog yang mengumpulkan resipi air tangan kawan-kawan dan juga keluarga.

Blog Mencari Cinta Abadi iaitu blog yang terakhir. Blog yang mengumpulkan fotografi dan juga sastera. Gambar yang diambil untuk kenangan akan dimuatnaik di sini. Memori phone hanya simpan gambar sendiri sahaja. 

10 ulasan:

  1. Banyaknya blog. KakCie dulu ada juga create yang lelain masa bisnes. Lepas tu bila dah stop biz terus delete semua.

    BalasPadam
  2. Banyak blog akak ya
    Selamat menulis blog

    BalasPadam
  3. byknya blog eyma! MZ zmn2 aktif join blog giveaway, ada jugak buat blog lain sbb tak nak campur2 dgn blog utama...tp tu long time ago la...zmn2 duduk notts

    BalasPadam
  4. Banyaknya blog. Kasih maintain ke semua tu?

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Kurang menulis sahaja. Tapi semua masih ada dan aktif :)

      Padam
  6. Ramainya blog.
    Wak cuma ada satu blog aje, itu pun jarang2 ngentri.

    BalasPadam
  7. wah banyaknya blog. Akak satu je ni tu pun tak dan nak update selalu.

    BalasPadam
  8. Tahniah ya, ni kira aktif dan prestasi meningkat..

    BalasPadam
  9. Hebat ... Hebat sangat.. saya satu blog ni pun tak terjaga hahahaa.. 😅

    BalasPadam