Memaparkan catatan dengan label Binatang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Binatang. Papar semua catatan

Khamis, 24 April 2025

Binatang Terperangkap Dalam Besen di Bilik Air

Assalamualaikum dan selamat pagi. Petang tadi hanya makan bihun laksa. Kuah laksa pun kuah yang disimpan sejukbeku kerana tidak habis makan sebelum ini. Sekarang ini rasa pening kepala masuk angin kerana tidak makan nasi. Nak buat macam mana tak terasa nak makan nasi. 


Binatang ini sudah terperangkap hampir 3 hari dalam besen. Cuma diriku yang tak tahu kerana adik tutup dengan penutup bekas air. Bila ku nak ambil besen untuk basuh baju, terkejut sangat bila nampak binatang ini. Sekali tengok macam biawak tapi bukan, spesis lain yang tidak diketahui.

Nasib baik nampak abah lalu ketika itu untuk ke dapur. Cepat-cepat panggil abah untuk mengeluarkannya. Abah bawa keluar besen tersebut dari bilik air. Binatang tersebut memang terperangkap, tak boleh melompat keluar pun. Syukur alhamdulillah bukan ular, jika tidak mesti badan mengeletar satu badan. Nampak binatang ini pun sudah terkejut sangat...

Khamis, 16 Februari 2023

Binatang Apakah Itu?

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pukul 12 nanti bolehlah tidur sebab esok perlu bekerja pula. Tulis blog santai-santai di malam hari untuk mengisi masa yang ada. Penat memang penat tetapi sengaja hendak meluangkan masa pada blog kesayangan.

Godek-godek laptop jumpa gambar ini. Kenal tak binatang apakah ini? Saya pun tak pasti namanya. Adakah itu mengkarung? Kerja kucing di rumahlah yang membawa masuk binatang pelik-pelik. Macam-macam dia bawa masuk seperti ular yang telah mati, burung dan tikus. Kadang-kadang rimas juga dibuatnya. 

Tetapi sekarang kucing itu telah tiada. Dia telah mati dan bangkainya tidak ditemui. Ketika dia sedang sesak nafas, dia telah pergi meninggalkan rumah. Jadi tiada siapa menemuinya lagi. Kami semua percaya bahawa dia telah mati kerana keadaan dia begitu tenat. Sekian untuk malam ini, cerita imbas kembali.