Isnin, 2 Februari 2026

Ular Pucuk @ Ular Daun Panjat Dinding Dapur

Assalamualaikum dan selamat malam. Kisah hari Ahad yang lalu 1 Februari 2026. Selepas solat Zohor masuk ke dapur untuk minum air. Kakak, abah dan adik sedang bersembang, semuanya santai sahaja. Adik lelaki pula sedang makan di dapur. Mereka sudah tahu ada ular pucuk @ daun di dapur. Saya yang baru datang ke dapur yang tidak tahu.

Abah tunjuk ke arah jam dinding. Saya nampak ada ekor warna hijau. Anak biawak atau mengkarungkah? Kakak kata ularlah. Barulah saya kalut cari buluh dan beri pada abah untuk pukul ular. Mentang-mentang ular daun boleh pula mereka bersembang seperti tiada apa-apa. 

Budak ini paling bising bila tengok abah pukul ular. Boleh pula dia jerit-jerit. Abah tarik ekornya kerana nak lepaskan diri melalui tingkap.

Adik lelaki yang nampak ular itu dulu. Kalau ular lain memang makan pun tak sempat..hihi.. Tapi bagi saya ular tetap ular. Menakutkan dan mengelikan. Risau pula nak lalu bawah pokok. Mungkin ada yang memerhati :)

10 ulasan:

  1. As long as namanya ular, PH pun geli :(

    BalasPadam
  2. Adoi..mentang² la ular daun je..makan dulu lah...rumah mak di kampung rasa pernah masuk dulu..tapi, lama dah la..harap² takde lagi lah

    BalasPadam
  3. Ular ni mmg ada dkt pokok belakang halaman rumah rabiaa

    BalasPadam
  4. Betuuuuul kak. Mau ular jenis apapun, berbisa atau tidak, tetap saya takuuuut 🤣🤣🤣.

    BalasPadam
  5. MZ geli dan fobia dgn semua jenis ular laaa

    BalasPadam
  6. Ular ni suami kata tak bahaya tapi pernah tersangkut kat pokok di halaman rumah. Suami campak ke kawasan hutan. Sebelah kawasan rumah saya hutan masa tu.

    BalasPadam
  7. Ular daun .. besar juga tu .. selalu main² kat ranting pokok ..

    BalasPadam
  8. betul tu, ular tetaplah ular. walaupun tak berbisa, tetap tak sukaaa

    BalasPadam
  9. Jangankan eyma...kak SA pun geli kalau bab ular...x paham org boleh jadikan ular as a pet kan?

    BalasPadam