Assalamualaikum dan selamat tengahari. Cuaca baik hari ini, malam tadi hujan dan juga angin kuat. Tahun ini minat menanam datang kembali. Harap ianya berterusan.
Pada mulanya nak beli ubat semut sahaja tetapi menjadi mahal bila tiada free shipping. Jadi terpaksa beli barang yang lain juga di kedai yang sama. Sarung tangan plastik itu sangat berguna, walaupun mudah terkoyak. Bolehlah untuk lapik pegang tanah. Barang ini beli di Shopee.
Ini pula beli di TikTok. Khabarnya elok untuk membaiki tanah lama yang berada di dalam pasu. Bukan beli satu tetapi sekali tiga. Sebabnya beli tiga lebih berbaloi. Harga 2 unit dengan 3 hampir sama sahaja. Demi mengelak pembaziran beri satu pada mak kawan yang suka menanam. Harap mak cik sukalah. Tak tahu produk ini berkesan ataupun tidak.
Seterusnya beli baja penggalak akar. Ramai yang kata kena ada untuk tanaman. Jadilah belilah juga sebab tak pernah guna. Kena tambah barang lain juga untuk dapat free shipping. Tapi tak dapat sepenuhnya pun free shipping. Dapatlah murahlah sikit. Beli di TikTok.
Beli pasu plastik dan juga biji benih di kedai Eco. Sebelum ini beli benih daun sup di pekan Isnin RM4. Lebih murah beli di kedai Eco.
Benih daun ketumbar dan juga sawi. Kawan kata benih di kedai Eco lebih senang tumbuh. Alhamdulillah kedua-dua benih ini tumbuh dengan baik.
Waalaikumussalam kakkk semangat menanam nanti
BalasPadamKetumbar dengan sawi memang cepat tumbuh.
BalasPadamLamanya tak bercucuk tanam. Malas betul dah sekarang ni.
BalasPadamBanyak juga membeli tu untuk bercucuk tanam. Alang-alang dah bersemangat kan. Biasanya macam tu lah, lagi berbaloi beli sekali je banyak-banyak dalam satu kedai, lagi untung.
BalasPadamAsalamualaikum..saya pula happy nampak semua bahan dan infor ni, rasa saya nak pergi kebunlah hehehe.. oo ya ..ada saya email ya, ada saya minta ..nanti pergi email gmail ya..
BalasPadamminat juga bertani tulah alasan yang klise tak dak masa hehe, bercucuk tanam ni satu terapi yang baik. disamping mengeluarkan peluh, memandang dedaun yang hijau boleh merehatkan fikiran, mengurangkan stress
BalasPadam'ubat semut'?
BalasPadamKenapa? semut tu sakit?
(maaf, lawak bapa-bapa) hehehehe
Semoga urusan bertani dimudahkan ya..
BalasPadamMZ dh lama tak buat sesi menanam ni...terbiar sepi jer my mini garden tuuuu
BalasPadam