Ahad, 21 September 2025

Tebus Penghargaan SARA Adik Lelaki

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Kelmarin tebus penghargaan SARA untuk adik lelaki di Econsave Jawi, Pulau Pinang. Pertama kali ke situ dan seronok juga kerana tak ramai orang. Mungkin rasa begitu kerana semasa di kaunter tak perlu beratur. Cepat sahaja prosesnya.

Adik suruh beli biskut manis untuknya. Kami pun borong biskut banyak-banyak. Beli barang dapur dan mandian sikit.

Mungkin ada barang yang kami tak kira, jadi terlebih pula berbelanja. Jadi kena keluar duit sendiri untuk lebihan tersebut. Begitu sahaja resitnya. Tak tulis harga satu persatu.

Promosi beli biskut Munchy's RM15 ke atas dapat beg atau bekas air. Kami pilih bekas air sebab kaca. 

8 ulasan:

  1. Cutenya botol munchys tu! Lawa sebab kaca

    BalasPadam
  2. Sara rahmah anak lelaki Etuza juga kemarin tebus RM 97.000 berbaki RM 3.00 lagi..alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. Sebaiknya tebus awal2 tak payah fikir2kan lagi..

    BalasPadam
  4. selesai redeem ye...oh tk tulis harga stiap brg di beli ye....cute botol tu

    BalasPadam
  5. so far MZ dh redeem zharfan punya laaa.tinggal balance RM8 lg tu...mine lom redeem lagi

    BalasPadam
  6. Lawalah bekas air tu. Kecil cute.

    BalasPadam