Khamis, 18 Jun 2026

Anak Pokok Bunga Telang

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah tumbuh juga anak pokok bunga Telang daripada penanaman biji benih. Tumbuh dengan suburnya.


Tak sabar nak melihat perkembangan pokok bunga Telang ini kerana pertama kali menanamnya. Selain itu, tak tahu juga nak letak di mana.. Apa-apa pun tanam dulu, bila besar baru ubah tempat yang sesuai.

7 ulasan:

  1. Senang jer nk tumbuh pokok ni...saya x tanam pun...biji benih rmh aunty sebelah luruh terus merayap tumbuh dekat rumah saya...nak buang jenuh...

    BalasPadam
  2. wah..x lama lagi keluarkan hasil la ni kan...

    BalasPadam
  3. Saya dulu ada pokok telang. Pokoknya menjalar, subur dan tak berenti berbunga. Bila asik kacau pokok2 lain, saya buang semua pokok telang saya tu..

    BalasPadam
  4. Semoga dapat tumbuh subur. Tak pernah la menanam pokok gini.

    BalasPadam
  5. Mesti cantik, warna biru2 ungu..

    BalasPadam
  6. nanti dh berbunga bole buat masak nasi kerabu bunga telang

    BalasPadam
  7. jiran saya yg tanam pokok ni kata bunga telang yg direndam ke dalam air boleh menurunkan tekanan darah tinggi...

    BalasPadam