Ahad, 5 April 2026

Buah Tembikai Kuning Ketiga

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Baru dapat dua hari puasa sunat di bulan Syawal. Masih panjang lagi perjalanannya. Moga dapat habiskannya dengan baik.


Tembikai kuning ini lebih kecil daripada sebelum-sebelum ini. Pokoknya nak mati jadi petiklah buahnya. Memang tak dapat jangka bila buah sesuai dipetik. Kalau pokok tak mati pasti buruk buah ini tidak diambil.

Muat telapak tangan sahaja. Gigit sikit-sikit agar lambat habis. Keseronokan tanam sendiri walaupun hasilnya tidak seberapa. Simpan untuk kenangan :)

7 ulasan:

  1. memang puas hati bila dpt tuai apa2 hasil yg kita tanam sendiri--MZ selalu tuai ie petik buah limau kasturi kat pokok dlm pasu tu! dan memang petik daun limau purut kat pokok dlm pasu jugak bila masak tomyam/paprik etc

    BalasPadam
  2. Pasti manis kan..tak rugi berbudi kepada tanah..

    BalasPadam
  3. kecik je tapi biji macam besar juga tu.

    BalasPadam
  4. Macam bola kak 😍😍😄. Comel sangat. Rasa sayang pula nak makan 😅

    BalasPadam
  5. Comelnya, buah tembikai kuning. Alhamdulillah... kecil pun jadilah, hasil tanam sendiri. 😍

    BalasPadam