Selasa, 15 September 2026

Tempah Nasi Dengan Kak Su

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rasa tak bersemangat pula blog makin kurang disinggahi walaupun telah update entri terbaru. Nak blogwalking pun buntu sebab tak tahu blog mana yang ada entri terkini. Kena usaha lebih untuk blogwalking iaitu perlu cari blog yang hendak dikunjungi. Mesti banyak cerita yang telah ketinggalan. Harap blogspot kembali pulih seperti biasa.


Adik tempah dengan kak ipar 12 bungkus nasi pada hari Jumaat lepas. Adik belanja kawan sekerja makan. 2 bungkus tinggal di rumah untuk abah dan adik lelaki makan. Adik merupakan pelanggan pertama Kak Su untuk tempahan nasi. Sebelum ini hanya menjual kuih sahaja.


Ayam masak merah Banjar dan juga jelatah. Kak Su kata ayam kecil pula hari itu, jadi dia tambah ikan kering sebagai lauk tambahan. Alhamdulillah sedap sangat. Licin nasi cuma lauk ikan kering jer tak habis sebab risau makan banyak sangat. Tapi boleh habis jer kalau nak makan cuma risaukan kesihatan. 

11 ulasan:

  1. ayam masak merah banjar apa beza dgn ayam masak merah biasa...blog mmg masih problem..nk jenguk blog kwn2 mmg kena tekan link utama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti apa bezanya tapi memang sedap .. makan sekali nak lagi :)

      Padam
  2. Kena gigih klik sesatu blog baru la nampak latest entri kawan2. Menarik pulak nama ayam masak merah banjar tu.

    BalasPadam
  3. Nampak sedap, ada ayam masak merah dan ikan kering. 😋
    Saya setiap kali balas komen, saya akan singgah balas ke blog pengomen. Jadi, walau bloglist tidak ber-update, saya tetap singgah la, cuma ambil masa buat bila free.

    BalasPadam
  4. Sedap nampaknya nasi lemak airtangan Kak Su ni. Bagus ada kemahiran memasak, boleh jana pendapatan sampingan.
    PH In Sha Allah hari-hari update je blog. Jemput singgah ye Eyma

    BalasPadam
  5. terliur betul tgk gmbr food ni (MZ tgh on diet, kena menahan nafsu mkn gitu!)

    BalasPadam
  6. CCL dua minggu tak sempat nak update blog . Baru dua hari lepas onz blog .. bila nk BW tgk entri blogger lain banyak yang tak update . Rupanya blog ada problem ..

    BalasPadam
  7. Macam-macam masalah blogspot ni. Terpaksalah kita klik satu-satu kat bloglist tu baru nampak entry baru.
    Baru tahu ada ayam masak merah banjar. Adakah bahan berbeza atau cara masaknya berbeza. Kalau ada ayam masak merah mesti ada gandingannya acar jelatah.

    BalasPadam
  8. Banyak juga dengar kawan2 komplen pasal blogspot ni.. harap tak berpanjangan

    BalasPadam
  9. Semoga cepat selesai masalah blogspot ini yaaaa. Say rutin buka blog kak eyma 😉. Seminggu sekali pasti saya cek. Happy lah ini pas tahu ada beberapa tulisan baru. Tapi memang baru sempat BW, karena baru balik liburan.

    Uwaaaah nasi dan ayam merah nya nampak sedaaap kak 😍😍😍. Tapi rasa ikan kering itu asin kah? Kalau asin saya pun tak boleh makan, sebab tak bisa makan ikan asin.

    Jelatah pun nampak sedap. Buat segar rasa masakan

    BalasPadam