Sabtu, 19 September 2026

Buah Pokok Cactus

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Jalan-jalan ambil angin di depan rumah ternampak buah pokok cactus. Terus petik dan ambil gambar. Kemudian rasa sakit-sakit tangan. Duri yang ada di buah tersebut melekat pada tangan. Adoi boleh tahan sakitnya. Susah pula nak cabut sebab kurang nampak. 

Beginilah buah pokok cactus. First time petik sebelum ini dibiarkan begitu sahaja.

Hasil bedah siasat isinya sepertinya buah naga. Warna merah dan nampak sedap. Cuba rasa sedikit, tawar pula rasanya. Buang sahajalah takut juga nak makan.



Inilah pokok cactusnya. Orang panggil cactus Mickey. Betul ke? Mujur abah tak tebang. Jual di TikTok mesti laku :)

6 ulasan:

  1. Dah besar pokoknnya tu. Warna isinya tu macam buah naga dah.

    BalasPadam
  2. Oh, ada buah rupanya, kaktus jenis ni. Cantik merah menyala.

    BalasPadam
  3. cute la kaler buah tu! agak2 memang sesuai utk dimakan ker tu

    BalasPadam
  4. Baru lihat juga buah kaktus 😍😍. Oh jadi ada duri halus nya yaaaa. Menariiiiik. Kalau mudah menancap di jari, susah juga. Mesti pakai gloves 😅.

    Mirip buah naga, tapi Rasa hambar buahnya ya kak. Kalau buah naga at least masih ada rasanya yaa

    BalasPadam
  5. Ohh ingatkan bunga kaktus ..betul kalau duri halus masuk ke tangan susah nak dibuang .. ya tu kaktue mickey ..dulu depan rumah ada tanam ..dah tua ayah CCL terus cantas buang semua

    BalasPadam