Ahad, 13 September 2026

Binatang Apakah Itu?

Assalamualaikum dan selamat malam. Esok hari Isnin dan meneruskan kerja hakiki seperti biasa. Moga sihat cergas dan tidak berasa malas. Pagi tadi ketika siram pokok nampak binatang ini. Minggu ini asyik nampak dia sahaja di 'Sweet Garden' iaitu di kawasan tanaman pokokku. Hari ini nampak lagi. Siram pokok cepat-cepat dan ambil handphone untuk tangkap gambar.

Kali ini dia menyorok pada pokok pemberian Angie iaitu senior tempat kerja. Jika tak tengok betul-betul memang tak perasan kewujudannya.

Dia tahu sedang diperhatikan cepat-cepat nak menyelamatkan diri.

Crop bagi besar sikit. Tanya ChatGPT binatang apakah itu? Itu sesumpah atau kebanyakan orang panggil cicak kebun. Warna coklat jingga dan bentuk kepalanya memang sepadan dengan cicak kebun. Ia biasanya tidak berbahaya kepada manusia dan banyak makan serangga.

Lari tajuk sikit, pokok kesukaan sebab paling subur. Ini sahaja yang menjadi, pokok dalam pasu lain sangat kecil dan daunnya banyak rosak.

Menjadi juga pokok kucai. Sedapnya kalau buat cucur udang. Tapi apakan daya tak boleh makan sangat risau angin. Bila adik balik kampung, akan beri padanya. Anak buah suka makan cucur udang.

5 ulasan:

  1. sekali tgk mcm mengkarung kan...kat my lil garden belakang rumah pun ada lah haiwan2 gini dan saya takut/geli laaaa

    BalasPadam
  2. Saya panggil tokkai, atau mengkarung. Suka buat orang terkejut ni, kalau kita tak perasan dia. 😁 Wah... ada pokok kucai.

    BalasPadam
  3. Dari tampang mirip iguana. Tp kecil sangat. Baru tahu ada hewan cicak kebun.

    Tapi jenis kadal begini memang banyak Macam2 ya, cuma terkadang saya tak tahu nama 🤣😄

    Banyaaaak sangat tanaman kakak yaaa, sampai ada kucai pula 😍😍. Langsung teringin kwe tiau goreng Pakai kucai 😄

    BalasPadam