Rabu, 10 September 2025

Penantian Cuti Panjang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lagi dua hari lagi nak bercuti panjang. Sabarlah duhai hati. Harinya pasti akan tiba. 4 hari cuti bermula Sabtu hingga Selasa. Tidak ke mana-mana tetapi duduk di rumahku syurgaku.

Buka komputer muncul gambar ini. Comel pula nampak.

Pagi tadi budak sekolah rendah merentas desa. 

Pegawai polis menjaga laluan di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh. Nak tanya, sanggup tak lalu depan polis jika tidak memakai helmet? Atau terus undur?

17 ulasan:

  1. Tak sabar nak tunggu cuti kan. Syok rehat-rehat di rumah lama sikit. Kalau tidak 2 hari rasa tak cukup. Memang tidaklah nak lalu depan polis kalau tak berhelmet. Cari nahas tu, tak pasal-pasal kena saman kang. huhu...

    BalasPadam
  2. cuti sekolah kembali tiba.....selamat bercuti

    BalasPadam
  3. Cie pun tengah counting days nak cuti weekend. Tak sabar mengalahkan anak2 nak cuti sekolah 😅

    BalasPadam
  4. if nmpk polis dan tak pakai helmet, terus undur kalau sempat..i tak reti naik motor, pernah la belajar sendiri masa zmn remaja so boleh lah sikit2 hahahh yg pasti memang tak de lesen

    BalasPadam
  5. best ye cuti panjang, tapi belum ada plan nak ke mana.. apapun selamat bercuti..

    BalasPadam
  6. Seronok mereka berlari lari anak merentas desa..anak-anak murid sihat..semoga lancar acara seterusnya..

    BalasPadam
  7. InshaAllah ..nampaknya Segmen Gempak di blog Etuza tak ada yang nak hantar karya mereka..Tutup tuntas dah segmen tu, saya umumkan sekali lagi beserta dengan pemenag yang dah pun dapat AWARD..tiada saingan lagi..

    BalasPadam
  8. Blogger yang nak ikut tu hingga sekarang tak ada infor..so saya nekad dah tutup..mohon bersabar keputusannya ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. saya okey saja lagipun tarikh tutup pertandingan memang lambat lagi sebelum ditutup serta-merta. Ada rezeki tak ke mana :)

      Padam
  9. Rumah akan bercahaya apabila orang yangmendiami rumah tu sentiasa mendakap kalam Allah, membacanya dan mempelajari terjemahannya...sorang suri ruma yang sabar dalam mendidik mengasuh anak pasti Allah rahmati..

    BalasPadam
  10. harini dah jumaat, pastu kia cuti bersambung 4 hari yayy!

    BalasPadam