Khamis, 5 Mac 2026

Menu Berbuka 14 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini masuk hari ke-15 umat Islam berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Memperbanyakkan lagi amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Menu berbuka 14 Ramadhan. Kakak sulung masak bihun goreng. Mewah dengan kuih-muih, abah dan kakak yang beli. 

Ini pula menu 13 Ramadhan, rebus tulang 🐮 untuk membuat sup. Bukan main lama kena rebus. Sahur baru boleh makan kerana mula rebus pukul 6.30 petang.

Jumaat, 27 Februari 2026

Menu Berbuka 8 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Menu berbuka 8 Ramadhan. Abah beli ketam, adik buat masak lemak cili padi. Goreng telur sikit dan siap. Itu sahaja yang sempat disediakan dalam masa yang singkat.  


Petik sayur selom belakang rumah. Daripada ulat makan baik petik cepat-cepat. Sekarang pada tanaman ada ulat daun dan ulat bulu. Serangga lain pun ada, tiada idea cara nak hapuskannya. Kadang rasa stress juga tanaman rosak. Nak buat macam mana serangga pun nak cari makan juga..haha..

Khamis, 26 Februari 2026

Menu Berbuka 7 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat menjalani ibadah puasa bagi umat Islam. Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari kelapan kita berpuasa. 


Menu berbuka 7 Ramadhan. Adik masak asam pedas ikan merah. Selebihnya goreng sahaja ikan tersebut. Abah beli cakoi dan kuih yang lain. Kuah kacang makan dengan ikan goreng pun sedap. Alhamdulillah atas rezeki ini.