Jumaat, 6 Mac 2026

Menu Berbuka 15 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Menu berbuka 15 Ramadhan. Kakak sulung masak mee sanggul goreng. Beri pada abang dan kak ipar sikit yang tinggal di sebelah rumah.

Mewah dengan kuih-muih lagi kerana kakak pun beli juga kuih. Abah memang tiap-tiap hari beli. Kakak masak ikan masak asam untuk sahur. Alhamdulillah, tak kalutlah kami di dapur sebab ada kakak. Hari ini kakak sudah pulang ke rumahnya kerana kerja.

13 ulasan:

  1. Sedap jugak mi sanggul. Nanti boleh masuk list menu.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..apa yang ada cukup sempurna..Allah cukupkan ..

    BalasPadam
  3. sedapnya menu iftar pd 15 Ramadhan ni. selamat bersahur pulak ye..

    BalasPadam
  4. Sedap tu mee sanggul buat sahur. Akk kalau balik Kedah mesti top up stok mee sanggul.

    BalasPadam
  5. Unik namanya kak, mie sanggul? jadi penasaran kenapa diksh nama sanggul. Atau mungkin di sana beda arti dari sanggul 😅?

    BalasPadam
  6. kuih beraneka jenis tu! tertarik dgn popia sira

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. tak jumpa pula orang jual mee sanggul ni.

    BalasPadam
  8. Rasanya mee siput pun boleh di buat goreng juga selain di goreng gitu je macam keropok

    BalasPadam
  9. Meriahnya. Sedap belaka kuih-muihnya tu.

    BalasPadam
  10. Meriah hidangan ..paling menarik popia sira ..

    BalasPadam