Sabtu, 26 April 2025

Keropok dari Orang Kelantan

Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk hari ini. Kita clearkan memori yang ada. Simpan di blog untuk tatapan masa hadapan. Terima kasih PC Lan kerana sudi memberi keropok ini. Banyak dan sedap pula tu.. Alhamdulillah.. Sekarang pun ada lagi kerana nak habiskan stok kuih raya dahulu.

Pos dari Kelantan tetapi keropoknya dari Terengganu. Keropok ikan parang Sri Bayu, Merang Kuala Terengganu.

Inilah dia keropok keping dan juga keropok sira. Semuanya dalam keadaan baik. Terima pada Februari 2025 yang lalu. Bila tengok gambar rasa teringin pula nak makan :)

Memang sedap keropok, kembang elok. Terima kasih PC Lan dan Ain sekeluarga. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan ini. Semoga PC sekeluarga murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat.

Ole-ole dari Bali, Indonesia

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ole-ole dari Bali, Indonesia. Kawan sekerja hadiahkan iaitu Anis. Dia pergi bercuti bersama kawannya pada bulan Februari 2025 yang lalu.
Terima kasih atas pemberian ini. Bertambahlah koleksi dalam almari. Alhamdulillah..

Dapat kuih tart juga.. Ambil satu kongsi dengan adik. Memang sedap rasanya.

Boleh buat pilihan nak yang mana sebelum beri pada teman-teman lain. Ambil bentuk bunga kerana tidak ada lagi dalam koleksi.

Jumaat, 25 April 2025

Cerita Menjelang Syawal 2025

Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk hari ini. Kisah pada bulan Ramadhan. Balik dari kerja, nampak ada biskut atas meja. Rupanya kakak singgah sekejap untuk hantar biskut dan mercun. Sempatlah kakak kemas homestay dan bersihkan apa yang patut.

Biskut samperit masih belum dibuka hingga kini. Kenapa? Sebab susah nak buka. Kejap sungguh. Lagipun biskut lain pun banyak lagi. Bolehlah bawa semasa jamuan raya di kilang nanti.

Mercun memang adik ipar kakak suka beli. Kalau ikutkan takut tapi orang bakar kena hadap jugalah. Risau terkena rumah. Mujur ada satu ini sahaja..haha..

Duit raya yang telah diberikan pada tahun ini. Cuma sampul hijau sahaja masih belum beri sebab cadang nak beri pada Tok. Atas faktor tertentu tak jadi beri, boleh beri pada adik. Memang tak bagi lagi duit raya padanya. 

Gagahkan diri untuk  buat simpul kasih. Tapi sayang salah pilih kulit popia, jadi menggerutu bila digoreng. Goreng pula terlajak garing, jadi pahit. Hingga hari ini masih ada setengah balang lagi. Itupun ada rasa masuk angin sedikit kerana kurang ranggup. Terbebel pula di sini. Harap tidak bosan berkunjung di blog ini.. :)