Ahad, 9 Ogos 2026

Pembelian dan Infak Pakaian Terpakai

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah masih berkesempatan menyumbang pakaian terpakai. Kali ini bukan pakaian sahaja tetapi sumbang beg dan kasut juga. Kebanyakannya adalah barangan adik lelaki. Pakaiannya sudah lama tidak disentuh kerana orangnya bekerja di Kuala Lumpur. Adik juga sudah beri keizinan. 


Ralat juga jika tidak sumbang sesuatu kerana tempat pengumpulan sudah dekat dengan rumah iaitu di Masjid Jamek Tanjong Piandang. Alhamdulillah sempat juga mengemas walaupun tahu agak lambat.


Ada tiga plastik pakaian, dua plastik mengandungi beg dan satu plastik kasut. Barang-barang yang tidak digunakan lagi jika disimpan akan rosak atau menjadi buruk juga. Lebih baik memberi sumbangan pada orang lain.

13 ulasan:

  1. Senang ada tempat nak hantar. Kat rumah tu 2-3 plastik taktau nak hantar mana. Baju2 elok lagi.

    BalasPadam
  2. PH pun baru hantar pakaian terpakai ke masjid berdekatan semalam.

    BalasPadam
  3. Usaha murni yang memberi manfaat kepada yang memerlukan.

    BalasPadam
  4. Ehhh..Poster infaq & pembelian sama la.Beza warna & tempat je...=D

    BalasPadam
  5. alhamdulillah.. betul sangat tu.
    hari tu dekat area Tronoh, ada juga.. tapi suami lupa nak beritahu

    BalasPadam
  6. Bagus tindakan eyma. Kami selalu letak baju, tudung dan handbag yang tidak di pakai di Mydin, kerana ada disediakan kotak pakaian yang besar.

    BalasPadam
  7. Agaknya sekarang masjid seluruh negara buat program begini. Alhamdulillah dapat sumbang sesuatu.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..Dapat juga menyumbang mana yang masih ada dan elok lagi. Betul tu, dari di simpan dan rosak lebih baik bagi kepada mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  9. bagusnya ada tempat untuk letak baju baju terpakai, mcm kat sini susah nak jumpa

    BalasPadam
  10. Sedekah jariah, semoga dimudahkan urusan ya..

    BalasPadam
  11. Kalau ada tempat yg dekat utk menghantar barang2 tak terpakai yg masih layak, sayapun akan kirim juga. Memang hrs di sortir beberapa waktu sekali barang2 yg dah tak dipakai, tp masih bagus utk diberi. Supaya tak banyak barang juga di rumah.

    BalasPadam
  12. ada program utk tmpt infaq mcm ni bagus..aritu tgh ngemas brg2 pn byk dh let go

    BalasPadam