Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah masih berkesempatan menyumbang pakaian terpakai. Kali ini bukan pakaian sahaja tetapi sumbang beg dan kasut juga. Kebanyakannya adalah barangan adik lelaki. Pakaiannya sudah lama tidak disentuh kerana orangnya bekerja di Kuala Lumpur. Adik juga sudah beri keizinan.

Ralat juga jika tidak sumbang sesuatu kerana tempat pengumpulan sudah dekat dengan rumah iaitu di Masjid Jamek Tanjong Piandang. Alhamdulillah sempat juga mengemas walaupun tahu agak lambat.

Ada tiga plastik pakaian, dua plastik mengandungi beg dan satu plastik kasut. Barang-barang yang tidak digunakan lagi jika disimpan akan rosak atau menjadi buruk juga. Lebih baik memberi sumbangan pada orang lain.
Senang ada tempat nak hantar. Kat rumah tu 2-3 plastik taktau nak hantar mana. Baju2 elok lagi.
BalasPadamPH pun baru hantar pakaian terpakai ke masjid berdekatan semalam.
BalasPadamUsaha murni yang memberi manfaat kepada yang memerlukan.
BalasPadamEhhh..Poster infaq & pembelian sama la.Beza warna & tempat je...=D
BalasPadamalhamdulillah.. betul sangat tu.
BalasPadamhari tu dekat area Tronoh, ada juga.. tapi suami lupa nak beritahu
moga dpt manfaat utk penerima
BalasPadamBagus tindakan eyma. Kami selalu letak baju, tudung dan handbag yang tidak di pakai di Mydin, kerana ada disediakan kotak pakaian yang besar.
BalasPadamAgaknya sekarang masjid seluruh negara buat program begini. Alhamdulillah dapat sumbang sesuatu.
BalasPadamAlhamdulillah..Dapat juga menyumbang mana yang masih ada dan elok lagi. Betul tu, dari di simpan dan rosak lebih baik bagi kepada mereka yang memerlukan.
BalasPadambagusnya ada tempat untuk letak baju baju terpakai, mcm kat sini susah nak jumpa
BalasPadamSedekah jariah, semoga dimudahkan urusan ya..
BalasPadamKalau ada tempat yg dekat utk menghantar barang2 tak terpakai yg masih layak, sayapun akan kirim juga. Memang hrs di sortir beberapa waktu sekali barang2 yg dah tak dipakai, tp masih bagus utk diberi. Supaya tak banyak barang juga di rumah.
BalasPadamada program utk tmpt infaq mcm ni bagus..aritu tgh ngemas brg2 pn byk dh let go
BalasPadam