Ahad, 21 Jun 2026

Hadiah Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah hadiah giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 selamat mendarat di rumah pada hari Isnin, 15 June 2026 lalu. Skynet hubungi untuk mendapatkan lokasi rumah. Memang tak sangka menjadi salah seorang yang bertuah dalam giveaway ini. Klik di sini untuk untuk senarai pemenang giveaway. Menang untuk kali pertama bagi tahun ini. Alhamdulillah...

Inilah hadiah yang diperoleh. Sampul duit raya dibungkus dengan rapi dan diikat dengan reben ungu. Cantik dan kemas sangat balutannya. 

Dapat juga surat atau Utusan Diraja. Rajin betul Cuya tulis tangan. Cantik pula tulisannya. Teringat zaman dulu suka menulis surat untuk sahabat yang jauh.  Terima kasih Cuya atas kiriman surat dan sampul raya ini. Eyma amat gembira dan menghargainya. Jom tengok semua yang dapat.

Sampul duit raya bertema anime iaitu Naruto, One Piece, Dragon Ball, Pokemon dan Demon Slayer.

Ini pula watak Labubu, comel sangat. Terima kasih Cuya atas pemberian hadiah ini. Eyma suka semuanya. Rasa sayang nak guna terutama dengan watak Labubu yang comel. Kena simpan untuk koleksi sendirilah nampaknya.

14 ulasan:

  1. Tahniah menjadi pemenang..rezeki tak salah alamat..

    BalasPadam
  2. Tahniah! Terima kasih banyak2 sebab join giveaway Cuya hehe

    BalasPadam
  3. yang labubu tu comel sangat. Tahniah eyma

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah tahniah Eyma 🤲🏻👍🏻

    BalasPadam
  5. Tahniah, Eyma. 👏👏 Comel sampulnya, kan.

    BalasPadam
  6. tahniah diatas kejayaan ini. sy belum menang apa2 GA thn ni. huhuhu....

    BalasPadam
  7. Tahniah! Siap dapat warkah utusan tu hehe

    BalasPadam
  8. Saluuut dengan cuya yg masih mengekalkan tulisan tangan. Saya nih kalau menulis tangan dah buruk sangat tulisan 😅😅. Dah terbiasa mengetik kan 😅🤣

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Tahniah kak. Comel-comel hadiah dari Cuya. Rajin betul dia menulis.

    BalasPadam
  10. Comelnya sampul surat Labubu itu.

    BalasPadam