Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini tak pergi kerja, tak nak paksa diri untuk bekerja kerana kurang sihat. Sakit kepala dan badan dari hari Jumaat lagi. Kadang hilang kemudian datang balik sakitnya. Bila rasa kuat bolehlah masak-masak. Tak ambil sebarang ubat sebab itulah tak baik sakitnya.
Hari Ahad masak mee kuah simple, buat cair-cair sahaja. First time mencuba memasaknya. Sebelum ini letak ubi keledek dalam kuah tetapi kali ini nak resipi yang biasa-biasa sahaja. Tumis bawang merah dan putih yang dicincang hingga layu, masukkan cabai kering yang diblender. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan tunggu hingga ayam masak.
Seterusnya masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusannya serta air biasa secukupnya untuk kuah. Letak sos cili, sos tiram dan kicap. Masukkan juga sayur, gula dan garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan telur. Tutup api dan taburkan daun sup. Puas hati dengan rasanya kerana yang beli di kedai tidaklah sedap sangat pun. Bila buat sendiri baru tahu susah atau senang nak buat. Bahan pun memang sudah ada di dapur.

Nampak macam tak simple je? Semua bahan nampak ada
BalasPadamBetul juga..hihi
PadamPernah makan masa bujang, kawan serumah masakkan..lepas tu tak pernah buat sendiri pun..
BalasPadamMoga cepat sihat ya
Terima kasih..amin
PadamIstemewa sekali tu, alhamdulillah ya
BalasPadamAlhamdulillah..
PadamMasak sendiri ni puas makan, boleh ulang²
BalasPadamBetul tu.. ramai pula boleh makan :)
Padamnampak sedap dah tu. semoga cepat sembuh.
BalasPadamTerima kasih..amin
PadamSimple tapi sedap ni1
BalasPadammy all time fav ni!
BalasPadammee kuah ni biasa mama kita masak..menu fav klate
BalasPadamWahh..Menarik ni. Terigt plk ke mee rebus =q
BalasPadamalamak terliur pula la lahai
BalasPadamIni confirm kuahnya savoury sangat Krn pakai kuah rebusan daging 😍😍😍. Yg simple beginilah yg biasanya sedap kak
BalasPadamMoga diberi kesembuhan... Terliur juga bila baca cara memasak nya... 🤤
BalasPadamsedap ni, saya suka mee kuah!
BalasPadam