Jumaat, 6 Februari 2026

Pasar Agogo Tanjung Piandang

Assalamualaikum dan selamat petang. Malam tadi berkesempatan mengunjungi Pasar Agogo di Tanjung Piandang. 

Kami pergi pukul 8.20 malam, orang tidak ramai lagi. 

Adik bongsu balik kampung sebab itu kami bersemangat sedikit untuk keluar malam. Nak dekat raya baru jumpa adik pula. Pengorbanan menjadi salah seorang ahli MPP di universiti. Tak sangka seberat itu tanggungjawab hingga tidak boleh balik cuti semester.

Semua gambar ini daripada sahabat. Tak rasa nak ambil gambar malam tadi.

Kami beli sushi, laksa, air dan bihun sup.  Semua kami bungkus untuk makan di rumah.

12 ulasan:

  1. Zaman anak saya masih kecil, DTG ke pasar malam dan ada wahana kastil balon begini, memang sukalah mereka main2 dj situ 🤭.

    BalasPadam
  2. Pasar agogo ni mcm pasar malam ke?
    Komited sungguh adik tu, semoga cemerlang selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jual makanan viral dan mahal sedikit harganya. Bihun dan laksa RM10, kalau pasar malam biasa tak sampai RM10.

      Padam
  3. bila pegang jwtn memang kena sacrifice cuti2 etc...

    BalasPadam
  4. Nama pasar ni macam tarian dalam filem P Ramlee je...agogo.

    BalasPadam
  5. masa bersama adik-beradik sangat bermakna. Kini bila dah masuk 50an ni teringat momen masa kanak2 dulu bersama abang, kakak2 n adik. sgt nostalgia...

    BalasPadam
  6. jadi MPP memang busy sokmo. mana nak hadap kelas lagi, pastu persatuan lagi

    BalasPadam
  7. First time dengar pasar agogo...macam.menarik je....

    BalasPadam