Selasa, 27 Januari 2026

Pasang Shower Untuk Dua Bilik Mandi Luar

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat menjalani kehidupan dengan ceria. Moga semua semua urusan kita dipermudahkan. Fikir punya fikir akhirnya terpasang juga shower di dua bilik mandi ini. Sebenarnya bilik mandi ini jarang guna kerana berada di luar rumah. Jadi ia kurang mendapat sambutan.

Bila nak guna rasa ragu-ragu dengan kualiti air yang disimpan dalam bekas. Mungkin ada kotoran dan haiwan yang tidak sepatutnya kerana jarang guna. Oleh itu rasa tidak selamat untuk gunakan air yang disimpan itu.

Oleh itu upah tukang untuk pasang shower agar boleh digunakan bila-bila masa pun. Memang sangat dipermudahkan. Bila mesej tukang dia terus on untuk buat. Terkejut juga tak busy pula tukang berbanding sebelum ini.


Mula-mula nak buat satu bilik mandi sahaja tetapi buat shower paling simple ianya menjadi murah sedikit. Jadi apa salahnya buat dua bilik mandi terus.

Harga barang dan termasuk upah RM150. Kekurangannya pula ialah air kurang laju dan juga hanya satu 🚿 sahaja boleh guna dalam satu masa. Jika guna dua-dua air memang perlahan sangat.

10 ulasan:

  1. Senang ada shower nak mandi. Tak perlu tadah air. Betul juga kalau kat luar risau juga kan.

    BalasPadam
  2. Alahmdulillah, mudah nak mandi..cepat mandi kerana air terus membasahi badan..

    BalasPadam
  3. kena pulak kalau hujan betul2 di luar rumah.. syahdu betul sejuknya.. hehe..

    BalasPadam
  4. Wow kalau mandi air hujan tu menariknya...pernah tengok tempat mandi konon estetik. Jamban pun situ tapi terbuka. Tak confident nak singgah situ. Hehe. Dia buat kat tiny house dalam dusun dia. Kalau malam2 erkkk seram juga kan.

    BalasPadam
  5. Not bad RM150 utk harga barang dan upah.. tak apalah at one time hanya satu shower boleh guna.. kene bergilir la masuk walau bilik air berbeza..

    BalasPadam
  6. Oh jadi harus bergantian supaya air tetap laju yaaa. Yalaah, lebih bagus pakai shower begini kak. Risau memang air ada something masuk ke dalam kalau pakai gayung Saja.

    BalasPadam
  7. MZ plak gerun kalau nak guna toilet kat luar rumah...overthinking gitu hahaha

    BalasPadam