Khamis, 30 Julai 2026

Menu Tengahari 27 & 28 Julai

Assalamualaikum semua. Hari Isnin 27 Julai yang lalu kerja half day sahaja sebab teman adik service kereta. Sementara tunggu kereta siap, kami merayap dulu di Mydin Parit Buntar. Kami makan di Marrybrown. Lama sangat tak makan di situ.

Beli ayam dua ketul dengan disiram sos lada hitam. RM19.95 harganya. Makan dengan nasi lemak yang dibeli tepi jalan waktu pagi. Kalau tak makan risau basi pula.

Hari Selasa pula beli nasi kerabu dengan ayam masak kunyit. RM6 nasi kerabu ini. Sedap juga kombinasi nasi dengan lauk. Nanti boleh beli lagi. Alhamdulillah atas rezeki ini.

Selasa, 28 Julai 2026

Pertama Kali Mencuba Semperit Bandung

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pernah makan tak semperit bandung? Saya pertama kali merasainya. Menarik dan tertarik melihat warnanya. Mula-mula fikir semperit strawberi dan bila baca baru tahu semperit bandung. Senior tempat kerja iaitu Cindy, berikan pada kawan. Kami pun berkongsi makan.

Semperit ini sedap tapi saya kurang menggemarinya. Lagipun tengah diet kurangkan gula. Makan dua biji sahaja untuk mengetahui rasanya. 

Macam-macam perisa semperit sekarang. Perisa pandan, coklat, cheese dan sebagainya. Tetapi yang dirindui tetap perisa original. Resipi turun-temurun. 'Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas' resipi orang tua kita dahulu. Bahan yang mudah diperolehi dan juga senang untuk dibuat. Alhamdulillah...

Isnin, 27 Julai 2026

Ole-ole dari Pulau Pinang

Assalamualaikum dan selamat malam. Entri kedua untuk hari ini. Ole-ole dari Pulau Pinang iaitu key chain dan juga fridge magnet. BFF iaitu Ain yang berikan. Terima kasih Ain atas pemberian ini. 


Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat dan sampai ke syurga. Amin. Tak ramai kawan tak mengapa asalkan ianya berkualiti dan memberi kesan positif. Sahabat dari sekolah menengah lagi. Alhamdulillah...