Khamis, 26 Mac 2026

Sampul Duit Raya RHB dan Affin Bank 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tahun ini dapat sampul duit raya dari RHB Bank dan Affin Bank.


Pihak Affin Bank datang ke kilang kerana bos nak buat loan. Mereka beri sampul raya.


HR tolong tukar duit raya kerana kebetulan dia membawa pekerja membuka akaun bank. Terima kasih daun keladi, tahun depan minta tolong lagi :)


Duit raya untuk tahun ini. Setiap corak mempunyai jumlah yang berlainan. Untuk family dan anak kawan sahaja.


RM10 = RM200
RM5 = RM50
RM1 = RM50

Selasa, 24 Mac 2026

Buah Tembikai Kuning Kedua

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Buah tembikai kuning kedua, terpaksa petik kerana pecah.  Mula-mula angkat sedikit buah tembikai nak tengok sudah boleh petik atau belum. Nak letak balik di tanah terhempas sikit dan pecah. Nak tak nak terpaksalah petik juga. Kalau dibiarkan pasti busuk.

Buah paling besar yang ditanam


Mujur ada juga warna kuningnya. Manis dan lembut isinya. Makan masa berbuka puasa hari terakhir Ramadhan.

Menu Berbuka 28 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua. Nak habiskan cerita atau entri di bulan Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu, sudah masuk 4 Syawal. Adik-beradik juga sudah pulang ke 'sarang' meneruskan kehidupan seperti biasa.


Menu berbuka pada 28 Ramadhan yang lalu. Ada kenduri di surau, abah bawa balik nasi daging untuk kami berbuka puasa. Surau di kampung memang suka membuat kenduri di hujung Ramadhan pada setiap tahun. Nasi daging, air asam dan lauk-pauk memang sangat sedap. Kakak pula masak mee tomyam kerana adik yang belajar di USIM teringin nak makan tomyam. Putu mayong pun ada, abah beli. Alhamdulillah...