Khamis, 4 September 2025

Buah Pear Korea

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pertama kali makan buah pear Korea. Beli di Pekan Isnin Tanjung Piandang hari itu.

Adik suruh beli kerana tak pernah rasa. Buahan pelbagai jenis di pekan, susah nak buat pilihan. Jadi beli buah pear Korea dengan limau sahaja.

Buahnya besar, manis dan puas sangat makan. 7 biji RM10. Berbaloi sangat.

Rabu, 3 September 2025

Aiskrim Farm Fresh Cream Hauz Classic

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini hujan rintik-rintik. Tetapi sejuknya bila duduk dalam bilik aircond memang terasa. Dua kali sudah kena pergi ke tandas.

Pada mulanya nak cut sugar, bila ada orang belanja terus 2 batang aiskrim disapunya. Mencabar betul nak cut sugar yer...

Aiskrim dari Farm Fresh, kenalah cuba. Rasa sekali nak lagi. Itu sebab sampai dua..haha.. Aiskrim perisa vanila bersalut coklat. Satu batang adik kata RM2.90.

Selasa, 2 September 2025

Rezeki 2 Jenis Ikan dan Banyak

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Rezeki hari ini, luar biasa banyaknya abah beli ikan. Dua jenis ikan. Kebiasaannya abah beli ikan sikit saja, tak lama sangat nak bersiang.


Balik dari kerja terus bersiang ikan sampai ke maghrib. Tak sempat nak siram pokok. Harap pokok baik-baik sahaja. Bukan sahaja ikan, ayam pun abah beli. Ayam biarkan dulu dalam peti ais, esok baru bersihkan. Hari ini memang tak sempat. Nak mandi dan solat maghrib terlebih dahulu.