Ahad, 10 Mei 2026

Jagung Susu Manis dan Buah Strawberi dari Cameron Highlands

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari Rabu lalu adik pergi ke Cameron bersama suami dan keluarga mentuanya. Pesan pada adik beli buah strawberi sebab sudah lama tak makan. Esoknya iaitu hari Khamis, balik dari kerja sudah ada buah strawberi dalam peti ais di rumah. Adik kata kena hantar  cepat risau lembik.


Jagung susu manis 5 tongkol RM 10, buah strawberi juga RM10. Adik beli sebagai ole-ole. Alhamdulillah puas makan sebab makan berdua sahaja.


Biasalah manis stawberi ada masam dan manis. Begitulah juga kehidupan ada kisah yang gembira dan ada yang sedih. Semuanya harus dilalui dengan sebaiknya.

12 ulasan:

  1. Sedapnya strawberry tu, dari jauh dah rasa masam manisnya..

    BalasPadam
  2. besar & merah jugak strawberry tu.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah rezeki dari Tanah Tinggi Cameron. Besar nampaknya strawberry tu

    BalasPadam
  4. pernah pos buah strawberi dari CH ke sarawak semata-mata kakak yang tengah mengandung anak sulung teringin. kira-kira 19 tahun yang dulu. kenangan betul.. sampai sana alhamdullilah masih ada yang elok.. puas juga lah dia makan

    BalasPadam
  5. terus terasa masam2 strawberi...

    BalasPadam
  6. merahnya strwberry tu, mesti sedap!
    kira murahla besar camtu dapat RM10 je

    BalasPadam
  7. dua2 sedap! kebetulan saya pun beli jugak strawberry masa kat airport amsterdam, gigih letak dlm backpack utk bwk balik msia sbb my ariff suka strawberries

    BalasPadam
  8. Perghhh warna merah strawberry besar buahnya. Suka jagung tu.

    BalasPadam
  9. Makanan vitamin, berkhasiat..alhamdulillah..

    BalasPadam
  10. Teringat ada pergi ke Cameron Highlands dulu, masa ke Kuantan Pahang..asbab ke kuantan pahang first time merasa Cedol Pulut..lazatnya masa tu..pakcik buatkan di warung nya.

    BalasPadam
  11. Kalau strawberry saya sukaa juga, tp lebih suka juice drpd makan LGS 🤭. So, asamnya itu bisa dikurangi . Nak belajar juga cara membuat strawberry jam. Teman ada yg bisa, tp tuhlah mood nak buat ntah kemana 😂

    BalasPadam