Khamis, 11 Disember 2025

Beli Bahan Tanaman Pokok

Assalamualaikum dan selamat petang. Baru sahaja habis makan tengahari, masih kekenyangan. Alhamdulillah.. Minggu lepas beli bahan untuk penanaman pokok. Tambah lagi tanah dan cocopeat. Harap tak beli lagi selepas ini. Guna apa yang ada sahaja. 


Antara bahan tanaman yang dibeli iaitu 5 bungkus tanah hitam beli di Jayida Nursery, sebungkus RM2. Tanah yang beli di nursery sedia digunakan terus tanpa perlu tambah apa-apa bahan lagi. Selain itu beli 3 bungkus tanah hitam, 4 bungkus cocopeat dan sebungkus sekam padi. Beli di kedai Eco sahaja.

Musuh utama tanaman. Kalau ada ia tanaman memang tak akan menjadi. Besar juga siput ini. Bila musim hujan, lagi banyak kemunculannya.

6 ulasan:

  1. selamat bertani..moga pokok-pokok yang ditanam membesar dengan sihat dan beroleh hasil yang memuaskan...

    BalasPadam
  2. Membesar dgn jayanya siput tu..ehehe

    BalasPadam
  3. Siput ni musim hujan banyak lah muncul. Geram betul.

    BalasPadam
  4. Semangat ni 👍🏻
    Pokok apa yg nak ditanam tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh nak tanam pokok sayuran.. nak makan petik jer :)

      Padam