Halaman

Khamis, 18 Jun 2026

Rezeki Wadai Kepeng dan Laksa

Assalamualaikum dan selamat pagi. Balik kerja kelmarin, buka tudung saji ada laksa sebungkus dan juga wadai kepeng. Tak tanya dari mana datangnya terus ngapp.. Alhamdulillah.. Memang perut tengah lapar pun. Jarang ada rezeki begini.


Bila malam baru tanya abah. Abah yang beli laksa itu sebab beli untuk jiran juga iaitu Pak Su Musa yang terlantar sakit. Abah beli dua untuk kami satu. Saya kongsi makan dengan adik.

Wadai kepeng memang boleh agak siapa yang beri iaitu abang. Kak ipar memang rajin buat kuih itu terutama musim durian. Letak durian dalam kuahnya memang padu sangat rasanya. Alhamdulillah..rezeki.. Terima kasih Kak Su...

8 ulasan:

  1. Aduhai. Dh byk kali tgk wadai kepeng ni. Tapi x jumpa lagi org jual dkt area rumah . Kalau ada nak jugak try beli =D

    BalasPadam
  2. bestnya wadai kepeng ada durian

    BalasPadam
  3. tak pernah makan wadai kepeng..

    BalasPadam
  4. Arwah abh saya cukup suka makan wadai kepeng tu...

    BalasPadam
  5. Teringin nak cuba wadai kepeng tu.

    BalasPadam
  6. tak pernah makan lagi wadai kepeng ni

    BalasPadam
  7. Wadai kepeng ni macam puteri mandi kalau kat Lipis ni. Tak sure yang sama ke lain.

    BalasPadam
  8. X pernah makan wadai kepeng tu..tapi teringin nak merasa

    BalasPadam