Halaman

Sabtu, 18 April 2026

Tukar Mouse Baru di Office

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tadi lepas makan terus tidur kerana rasa sakit kepala. Teringatkan baju dalam mesin basuh belum disidai, terpaksa bangun juga. Sekarang rasa tidak mengantuk pula. Jadi tulislah entri yang terlintas di hati. 


Mouse atau tetikus di office tetiba sahaja rosak. Anak panah atau cursor tak dapat digerakkan. Klik kanan dan kiri semua okey. Mouse pun menyala atau warna merah. Mungkin bebola yang rosak adik kata. 

Cari tetikus di stor jika ada yang tidak digunakan lagi, tetapi tiada pula. Buka laci yang mengandungi stok alat tulis atau barang office contoh buku, bateri, pen dan sebagainya. Alhamdulillah terpampang depan mata. Senyum lebar jadinya. Ambil dan terus tukar yang baru. Tidak peduli kepunyaan siapa pun. Apa yang penting sebelum digunakan, terus minta Ah Chong beli baru sebagai ganti.

Boleh dikatakan saya seorang sahaja yang masih menggunakan mouse ada wayar. Kawan sekerja tidak lagi. Jadi bagus juga tukar yang wireless usb. Lembut dan tanpa bunyi bila ditekan. Terasalah sedikit kelainannya.

7 ulasan:

  1. Senang pakai yang wireless. Cie pun dah simpan yang usb tu walaupun elok lagi.

    BalasPadam
  2. lagi selesa pakai yang wireless

    BalasPadam
  3. saya memang dh lama guna mouse wireless sbb convenient gitu

    BalasPadam
  4. Sampai masa nak ganti tu dek..

    BalasPadam
  5. Dulu awal2 switch dari yg wire ke wireless, saya canggung sikit. Krn tak biasa kan. Apalagi yg wireless ringan sangat. Tp ternyata lama2 memang lebih suka yg wireless 😄

    BalasPadam
  6. kat office saya masih pakai mouse berwayar lagi, haha

    BalasPadam