Assalamualaikum dan selamat pagi. Kelmarin kutip daun sup yang sudah tua. Sayang juga dibiarkan tanpa buat apa-apa. Tuan yang tanamlah kena kutip sendiri. Bila sudah banyak pokok daun sup, orang memasak suka pilih yang muda, nampak lembut dan segar sahaja. Daun yang nampak keras sikit tidak mahu diambilnya.
Kali kedua semai langsung tidak hidup daripada benih yang sama. Pokok lain pun sama tak hidup. Tak tahu dimana silapnya. Jaga pokok yang ada sahajalah.
Hasil kutipan daun sup. Cukuplah untuk buat memasak. Keras batangnya tapi suka tengok sebab pokoknya cantik.




teringin la nak tanam daun sup ni...pernah try cuma cepat mati laaaa
BalasPadamTak pernah menjadi tanam daun sup. Beli jela. Cantik kejadiannya tu.
BalasPadamBest nya dapat tanam daun sup elok macam ni.
BalasPadam