Sabtu, 22 Februari 2020

Promosi KFC, 2 Snack Plate Combos only RM20


Berakhir sudah promosi KFC, 2 Snack Plate Combos only RM20. Pasti ada cerita sama ada pahit, manis, lucu dan sebagainya gara-gara promosi tersebut. Mungkin ada juga yang kecewa tak dapat makan KFC kerana terlalu ramai orang beratur atau stok sudah habis. Apa-apa pun bergantung pada rezeki seseorang.

 Suasana di dalam KFC.

 Suasana di luar KFC.

 Menunggu untuk mendapatkan makanan yang dipesan.

 Resit bayaran dan juga nombor giliran.

KFC yang telah diperolehi setelah hampir 4 jam menunggu. 
Malam baru dapat... Alhamdulillah...
Apa-apa pun kena banyak bersabar...
Tahniah buat adikku Syafiqah yang mampu mengharunginya... :)

Ahad, 16 Februari 2020

E-Tunai Rakyat RM30

Pada mulanya tak berminat sangat untuk mendaftar e-tunai rakyat RM30. Buat tak tahu sahaja. Tapi apabila lihat rakan sekerja mendaftarnya, baru ada perasaan ingin memohon e-tunai rakyat tersebut. Sebelum ini pernah download aplikasi touch n go dan telah mendaftar. Jadi hanya perlu sahkan dengan mengambil gambar kad pengenalan dan selfie. Tak susah pun cuma ada perasaan malu sedikit. Bukan apa saya jarang sangat selfie jadi gambar pun tak cantik...



Benda pertama yang dibeli menggunakan e-tunai ialah roti. Berbelanja di 7 Eleven. Sekadar untuk mencuba sahaja. Mudah dan cepat. Kemudian saya beli top up RM30 untuk mendapat cashback RM5. Sebelum itu saya perlu masukkan duit dahulu ke dalam akaun touch n go melalui bank online sebab baki wang tidak mencukupi.

Pendek kata saya sudah mendapat 3 kali cashback RM5. Semuanya RM15. Hanya tinggal 3 kali sahaja lagi untuk saya mendapat cashback. Kepada anda yang belum daftar, cubalah.. sekurang-kurangnya dapat membeli top up RM30. Jimat juga bil handphone selama sebulan. Daftar jangan duduk diam jer :)

Isnin, 27 Januari 2020

Aduhai... Mana Pergi Mood Nak Masak?

Berakhir sudah cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Cuti selama empat hari bermula hari Jumaat hingga Isnin. Cepatnya masa berlalu ketika cuti. Pejam celik pejam celik sudah kena kerja semula. Apa yang dibuat semasa cuti? Pergi bercutikah? Oh... tidak sama sekali. Duduk di rumah sahaja. Bak kata orang 'mereput' di rumah. Walaupun hanya bercuti di rumah tetapi tidak pernah jemu kerana bersama keluarga tersayang.

Semasa cuti, alhamdulillah sempat juga menyiapkan sebuah photobook gambar kenangan sendiri yang diambil pada tahun 2017 dan 2018. Lama betul... Gambar 2019 belum dibuat photobook lagi. Nak buat photobook perlukan kesabaran yang tinggi dengan laptop yang lembap dan selalu heng dan juga internet yang perlahan. Rasa penat sangat...


Kuih loyang air tangan mak. Dibuat sempena majlis perkahwinan sepupu, Hazmie pada Disember 2019 yang lalu. Makanan sampingan untuk majlis kenduri yang diletak di atas meja tetamu.


Begitu juga dengan kuih denderam ini. Kalau bukan kenduri atau hari raya memang jarang sangat nak buat kuih-muih. Dalam kepala ini macam-macam fikir nak masak itu, nak masak ini tetapi semua tak menjadi. Mood nak masak memang tiada... Blog masakan juga sudah lama tidak ditulis.. Bersawang habis... Help me please.. Nasib baik tak berlaki lagi kalau tak??? Fikir sendiri la...