Ahad, 22 September 2019

Hasil Berbudi Pada Tanah

Berbudi pada tanah, pasti akan mendapat hasilnya. Kena rajin usahakan baru dapat. Tanam sahaja tetapi tidak dibaja dan disiram, tak menjadi juga. Alhamdulillah, bukan saya yang tanam tetapi adik dan mak. Banyak juga pokok yang ditanam. Di bawah adalah dua jenis hasil, yang menarik perhatian saya.

labu air panjang

Sayur labu air. Panjang sungguh. Potong tiga dan bagi pada jiran-jiran :)

cabai kembar

Cabai kembar, kongsi tangkai yang sama. Satu ini saja yang pelik. Tak pernah jumpa lagi. Cabai yang lain normal jer.


Geli pun ada bila tengok di posisi ini...

Agar-agar Nangka

Bila nangka banyak di rumah, jadi kena masak sesuatu. Maka terhasillah agar-agar nangka ini. Bahan-bahannya ialah agar-agar, susu cair, gula pasir dan nangka.

Agar-agar Nangka
 Kisar nangka hingga hancur. Masukkan dalam agar-agar yang telah dimasak. Potong juga nangka kecil-kecil agar lebih sedap. Susu cair dan gula letak juga tau...

Agar-agar Nangka
 Hidangan pencuci mulut dan penyejuk tekak. Penggemar nangka dan agar-agar bolehlah cuba. Di samping itu, dapat mengelak nangka dari rosak...

Agar-agar Nangka

Nikmat Dunia Part 1

Minggu ini mood tidak baik sangat. Fikiran melayang-layang. Jiwa tak tenteram. Banyak sangat dosa yang telah dilakukan. Badan rasa semacam sangat. Fikiran melayang pada perkara yang tidak baik.

Jauhkan sifat tak baik dalam diri ini. Jauhkanlah dan tenangkan hati yang bergelora ini... Oleh itu, cuba menghabiskan masa dengan menulis dan lari dari fikiran negatif itu. Belek-belek laptop tengok gambar apa yang boleh dibuang. 

masak lemak nangka muda
 Gambar pertama masak lemak nangka muda. Air tangan mak. Nangka muda dari pokok di rumah sendiri. Alhamdulillah...

cucur jagung
 Gambar kedua cucur jagung. Jagung adalah pemberian dari sahabat iaitu Ean. Dia bagi dua tongkol. Apa lagi bolehlah buat cucur... Alhamdulillah...

bubur gandum dengan durian
 Bubur gandum dengan durian. Buat masa nak pergi berkelah di Ban Pecah, Tanjung Piandang. Buat kuew tiaw goreng sekali. Alhamdulillah...

kuew tiaw goreng