Sabtu, 29 Jun 2019

Pengalaman Beli Baju Online

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Cuaca pada pagi ini sangat baik di tempat saya. Tempat anda bagaimana pula? Saya pernah membeli baju online sebanyak empat kali. Tiga berjaya mendapat barangnya dan satu lagi berjaya ditipu dengan jayanya. Kalau nak tahu cerita klik di sini. Memang tak boleh lupa sampai bila-bila.

Pengalaman pertama saya membeli dress atau jubah. Harganya bawah RM100. Bajunya sesuai dengan harganya. Berpuas hati dan tiada sebarang masalah. Saya beli di facebook. Dress warna merah. Cuma dress tersebut agak besar dipinggang dan membuat saya kelihatan gemuk. Tukang jahit kata baju tersebut tak elok, kain pun tak sedap. Jangan beli online lagi. Bagi saya ok sahaja sebab sesuai dengan harganya. Bawa pergi kedai dan betulkan kena RM3. Habis cerita. Bila gemuk nanti, buka jahitan tersebut semula :)


Ini baju kedua yang saya beli secara online. Saya memang tak pandai bab pilih saiz. Pakai hentam jer. Jadi baju yang dibeli terlajak besar. Kebetulan fabrik baju yang saya terima ada sedikit kerosakan. Oleh itu, saya wajib menukar yang baru. Kalau kita beli secara online, kena tanya betul-betul sama ada boleh tukar ataupun tidak. Itu adalah perjanjiannya. Sebab ada sesetengahnya tak boleh tukar lagi. 

Oleh sebab saya perlu tukar saiz dari XL ke L maka saya terpaksa membayar sendiri kos penghantaran. Itu merupakan salah saya kerana silap memlilih saiz. Kemudian, ada kerosakan pada baju tersebut maka jurujual tersebut terpaksa membayar kos penghantaran ketika hendak pos kembali kepada saya. Maksudnya win-win situation. Jika salah saya sahaja terpaksalah saya membayar sendiri kedua-dua kos penghantaran.

Apabila mendapat baju yang baru. Malangnya baju tersebut masih dalam keadaan yang tidak memuaskan. Baju tersebut mempunyai jahitan yang tidak kemas dan bertindih hingga menampakkkan kecacatannya. Saya tunjukkan pada penjual tersebut. Pada mulanya dia tak mahu bertanggungjawab, lama-kelamaan dia bersetuju untuk memulangkan semula duit. Bukan salah saya kenapa saya harus terima baju yang tidak berkualiti?

Tetapi sebagai manusia, saya harus bertimbang rasa. Setelah jurujual tersebut mengakui kesilapannya, saya dengan senang hati tidak jadi memulangkan baju tersebut. Memang niat saya jika jurujual tersebut mengakui kesilapan, saya akan mengalah. Jadi saya pakai sahaja baju yang sedikit cacat dan tidak kemas itu.

Pengalaman ketiga saya membeli baju di Butik Dato Siti Nurhaliza. Dato Siti yang promote baju tersebut. Harganya memang sangat murah. Tak sampai RM 100. Tetapi sedihnya baju yang diterima iaitu fabriknya ada sedikit rosak bekas kena seterika.



Jadi saya terpaksa memulangkan balik baju tersebut. Pada mulanya saya membeli warna biru tetapi kerana kehabisan stok saya memilih warna merah pula. Kainnya memang kembang bak puteri tetapi terlalu labuh hingga terpaksa gulung sebanyak 3 kali. Tak apalah, kita potong sahaja kain tersebut tapi saya gulung sahaja sebab malas nak pergi kedai. Memang saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Seronok juga dapat merasa baju dari butik Dato Siti :)

Boleh buat rujukan saiz nanti...


Pengalaman keempat memang sangat mendukacitakan. Terus kena tipu dengan manusia yang tidak bertanggungjawab. Cuba klik di sini jika nak tahu cerita. Saya redha dan saya terima. Saya tidak akan halalkan walau satu sen pun duit yang diterima. Saya bersyukur sangat ditipu dalam jumlah yang sedikit. Jika jumlah yang besar memang terasa ralatnya. 


Dress ini yang saya idamkan tetapi tidak menjadi kenyataan. Memang saya pelik kenapa kos penghantarannya terlalu murah RM5. Tetapi kalau di Shopee memang harganya begitu. Sekarang ini saya tak tahu sama ada nak percaya atau tidak peniaga online lagi. Iklan di facebook memang banyak di wall kita. Baju memang cantik-cantik. Iklan banyak sampai tenggelam cerita kawan-kawan. Bagaimana agar tidak menjadi mangsa penipuan yang seterusnya???

Isnin, 24 Jun 2019

Contest Saya Nak Duit Raya

Jom ramai-ramai sertai contest saya nak duit raya. 
Mana tahu ada rezeki, dapat duit raya. 
Bukan senang nak dapat duit raya bila sudah besar :)
Nak sertai klik di sini atau klik pada banner.


Contest tamat pada 1 Julai 2019
Semoga berjaya :)

Ahad, 23 Jun 2019

Biskut Raya yang Wajib Ada

biskut semperit

biskut semperit

Kenapa biskut semperit wajib ada? Biskut semperit kegemaran mak. Mak memang suka, lagipun biskut ini rasanya kurang manis dan boleh makan banyak. Mak memang ada penyakit kencing manis dan kena berhati-hati bab makan....

biskut mazola

biskut mazola

Biskut yang kedua adalah biskut Mazola atau biskut kacang. Jangan ingat itu biskut buah pinggang pula yer. Sengaja buat bentuk lain sedikit. Biskut malas nak letak kacang. Biskut ini wajib ada kerana biskut ini sedap dan lain dari biskut lain kerana berasaskan kacang dan minyak. Kebanyakan biskut yang saya selalu buat letak marjerin dan hanya biskut ini menggunakan minyak. Peminat kacang memang suka biskut ini.

Tapi pada tahun ini biskut ini kurang mendapat sambutan. Pertama mak tak boleh makan manis dan kedua mak tak boleh makan kekacang. Selain itu, biskut ini saya buat dua adunan. Jadi lambat sedikit nak habis. Tapi biskut ini memang sedap jika mengikut sukatan yang betul. Nak resipi? Klik di sini. Kalau nak tahu biskut Mazola saya buat jual dengan menggunakan resipi tersebut. Pelanggan saya adalah terdiri daripada guru-guru. Sekarang tak menjual lagi kerana penat bekerja. Kehidupan dahulu merupakan penanam anggur :)