Ahad, 13 Januari 2019

Ole-ole Tahun 2018

Bila seseorang memberikan sesuatu, secara automatik tangan ini suka mengambil gambar pemberian tersebut. Maka, dikumpul dan diabadikan di sini. Tapi ada juga yang terlepas pandang. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa ingat. Pemberian kamu semua amatlah dihargai. Jom layan ole-ole tersebut...

 Pemberian Ah Chong
Kunjungannya ke luar negara
Packing sendiri katanya...

Pemberian Noor Hazunita atau lebih dikenali Kak Ju
Hasil kunjungannya ke Cameron Highlands


 Pemberian Nurul Adila
Ole-ole dari Melaka

 Pemberian Angie
Buah tangan dari Pulau Langkawi

 Pemberian Siti Hajar
Lawatannya ke Pulau Pangkor

Pemberian Cindy
Makan angin di Thailand

Ahad, 23 Disember 2018

Pengalaman Membeli di Chilindo


Pertama kali membida dan seterusnya membeli di Chilindo. Perasaan? Kali pertama membida memang berasa teruja apatah lagi menang dalam bidaan tersebut. Kadang-kala rasa putus asa bila hampir menang tiba-tiba ada orang menawarkan harga paling tinggi pula. Seperti ada mesin yang mengawalnya agar harga bidaan tidak terlalu rendah. Itu yang saya rasakan...

Barang di Chilindo kebanyakannya adalah barang murah dan kita harus bijak sama ada berbaloi atau tidak dengan harga yang kita bayar. Saya membida hanya sekadar untuk mencuba dan bukannya terlalu menginginkan barangan tersebut.

Pengalaman membeli di Chilindo agak mengecewakan juga kerana barang yang sampai ada yang rosak atau patah. Rak kasut iaitu kakinya yang pecah. Hancur juga hati bila melihat barang yang sampai tidak sempurna. Tidak tahu nak salah siapa... Redha sahaja..

Rak kasut yang patah di bahagian kaki. 
Nak pulang semula memang malas sebab banyak prosedur dan ambil masa.
Itulah keburukan membeli belah secara online...

Jom tengok barang yang dibeli di bawah sama seperti di atas....

 Jam tangan

 Earphone

 Kipas mini

Beg yang dibuka 

 Beg yang dilipat menjadi kecil


Secara keseluruhan barang yang dibeli semua dalam keadaan baik kecuali rak kasut. Adik juga pernah membeli di Chilindo tetapi jam diperoleh bercalar. Kualiti memang tidak baik. Boleh dikatakan ikut nasib sahaja. Itu yang agak membimbangkan. Mungkin ini yang pertama dan terakhir buat saya...

Ahad, 16 Disember 2018

Anjing Tidak Mahu Pulang


Selamat berhujung minggu semua. Apa perancangan aktiviti anda pada hari ini? Kalau ikutkan hati mahu tidur sahaja tetapi terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan. Kemas rumah kelmarin dari pagi sampai pukul 1.30 petang. Mandi pun lambat. Aduhai penat sungguh.. Hari ini kalau boleh nak rehatkan diri dan melakukan aktiviti yang disukai  atau tertangguh contohnya menulis blog, melihat gambar-gambar yang diambil dan sebagainya.

Berbalik pada tajuk entri, ada seekor anjing yang singgah di belakang rumah saya dan terus menetap di situ. Pelbagai cara dilakukan untuk menghalaunya tetapi tidak dihiraukan. Dia macam suka tinggal di belakang rumah saya. Masalah... masalah...

Ianya sangatlah mengganggu aktiviti harian kami. Nak jemur kain pun terpaksa menjerit dahulu untuk menghalaunya. Kadang-kala ia lalu di bawah ampaian dan badannya terkena baju. Nak buang sampah pun susah, bagi makan ikan di dalam telaga pun susah. Pendek kata memang merimaskan.

Pada mulanya ayah bercadang nak bunuh saja anjing tersebut dengan benda tajam dan tanam. Tetapi kami tak sampai hati dan mencadangkan beri pada orang Cina atau India. Masalahnya tiada orang nak. Kemudian cuba telefon bomba dan melaporkan tentang anjing tersebut. Dalam fikiran, bomba bukankah kerjanya menolong orang? Tetapi tidak... Itu bukan tugasnya...

Bomba telah melepaskan tanggungjawab tersebut pada Majlis Daerah. Akan tetapi kawasan rumah saya bukan jagaan Majlis Daerah. Rumah kami hanyalah rumah kampung. Tidak membayar cukai pintu. Jadi bukan tanggungjawab mereka. Jika Majlis Daerah beroperasi pun lambat lagi katanya tetapi bagi kawasannya sahaja. Masalah lagi...

Majlis Daerah cadangkan kami membunuh anjing tersebut dengan memasukkan racun dalam makanannya iaitu nasi. Masalahnya pula kami takut makanan tersebut turut dimakan oleh kucing yang berkeliaran. Banyak pula dosa membunuh kucing. 

Apa jadi dengan anjing itu sekarang? Kalau nak tahu anjing itu masih hidup dan sihat walafiat. Tiada usaha untuk menghapuskannya. Ayah mungkin merajuk sebab masa awal kami semua membangkang. Jadi ayah tidak jadi untuk membunuh anjing tersebut. Ayah tanyakan pendapat kami, jadi saya jawab ler tak sanggup... Sekarang ini ayah tidak mahu meracunnya.. Ayah sudah malas untuk mengambil tindakan... Anjing pula semakin lama semakin berani. Dia ingat dia kucing. Kucing makan dia pun nak makan. Sampai bergaduh dengan kucing merebut makanan. Kucing masuk rumah dia pun nak masuk rumah kalau pintu terbuka. Jadi kami terpaksa lebih berhati-hati. Sekian...